Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 8

Keanggotaan Pihak Berkuasa

(a)

dua orang Pengerusi Bersama, seorang daripadanya ialah Perdana Menteri dan seorang lagi ialah Menteri

Besar;

(b)

dua orang wakil Kerajaan Persekutuan, yang terdiri daripada—

(i)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan

(ii)

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan

Perdana Menteri;

(c)

dua orang wakil Kerajaan Negeri Johor, yang terdiri daripada—

(i)

Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Negeri Johor;

dan

(ii)

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi

Negeri Johor; dan

(d)

dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh

Menteri dengan persetujuan Menteri Besar, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan perbankan, kewangan, perancangan, kerajaan tempatan, perdagangan, perniagaan atau pentadbiran, atau selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan, pengalaman atau kelayakan akademik mereka yang khusus, seorang daripadanya hendaklah daripada sektor perbankan, kewangan atau perdagangan swasta.

(2)

Timbalan Perdana Menteri hendaklah menjadi anggota silih ganti kepada Perdana Menteri untuk mempengerusikan, sebagai ganti Perdana Menteri, sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa jika

Perdana Menteri tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

(3)

Apabila mempengerusikan sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa,

Timbalan Perdana Menteri hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai salah seorang daripada Pengerusi Bersama.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 17

Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan