Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa
(2)
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi seorang anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Sesuatu Jawatankuasa boleh memilih mana-mana orang daripada anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk pada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Suruhanjaya.
(4)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada sesuatu masa dan tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
(5)
Sesuatu Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang dijemput itu tidak berhak untuk mengundi.
(6)
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang dijemput untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(7)
Seksyen 15 hendaklah terpakai bagi anggota sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi seorang pengarah
Lembaga.
18
Undang-Undang Malaysia