PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2007/665
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007 is Malaysia Act, cited as Act 665 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan Akta ini.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8
Undang-Undang Malaysia
“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah *Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“cagaran” termasuklah suatu gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, debentur, bil pertukaran, nota janji hutang, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, tanggung rugi, aku janji atau cara lain untuk menjamin pembayaran atau pelepasan hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;
“ditentukan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditentukan dari semasa ke semasa secara bertulis;
“ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“dokumen” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—
apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
apa-apa dokumen pemindahhakkan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, memperuntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta jika orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakkan itu adalah tuan punya atau pemilik, atau jika di dalamnya dia berhak mendapat suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan atau sebahagian kepentingan itu;
*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] telah dimansuhkan oleh Akta Bank
Negara Malaysia 2009 [Akta 701] yang mula berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 100 Akta 701.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 9
apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, pinjaman saham, hak langganan boleh dipindah milik atau waran;
apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga;
apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain yang menjaminkan pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; dan
apa-apa harta ketara atau tak ketara lain;
“honorarium” ertinya sebahagian keuntungan bersih teraudit
Suruhanjaya yang dibahagikan di kalangan beberapa atau kesemua anggota Lembaga sebagai balasan kepada perkhidmatan mereka, yang jika tidak, diberikan saraan;
“kemudahan kredit” ertinya–
pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua nama orang yang kepadanya pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain telah diberikan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada kumpulan wang atau harta orang yang memberinya;
sewa beli, pemajakan, pemfaktoran dan apa-apa urus niaga atau transaksi yang seumpamanya;
pemberian suatu jaminan atau peruntukan apa-apa cagaran berhubung dengan kewajipan mana-mana orang; atau 10
Undang-Undang Malaysia
apa-apa urus niaga atau transaksi lain seumpama itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 11A;
“koperasi” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993 [Akta 502];
“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Suruhanjaya;
“Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 *Akta Bank Negara
Malaysia 1958 [Akta 519];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;
“pembiayaan Islam” ertinya pemberian apa-apa kemudahan kredit mengikut Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah dan termasuklah apa-apa urus niaga atau transaksi lain seumpama itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 63;
“pengarah” ertinya seorang anggota Lembaga;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(a);
“perbadanan berkaitan” ertinya sesuatu perbadanan subsidiari atau bersekutu sesuatu koperasi atau sesuatu perbadanan bersekutu sesuatu subsidiari atau subsidiari-subsidiari sesuatu koperasi;
“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau hendak diberikan berhubung dengan apa-apa surat cara pembiayaan Islam;
*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] telah dimansuhkan oleh Akta Bank
Negara Malaysia 2009 [Akta 701] yang mula berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 100 Akta 701.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 11
“sekuriti” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];
“subsidiari” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“syer” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 4 *Akta Syarikat 1965 atau seksyen 2 Akta Koperasi 1993, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
“Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11A.
Bahagian II
Penubuhan Suruhanjaya
Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
12
Undang-Undang Malaysia
Suruhanjaya boleh, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, atas apa-apa terma yang didapatinya patut, boleh—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih dalam apa-apa perihalan;
dan
menjual, memindah, menyerah hak, menyerah, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah, memajak, menyewakan, menyewa kecil atau melupuskan selainnya, atau menguruskan mana-mana harta alih dan tak alih atau mana-mana kepentingan yang terletak hak pada
Suruhanjaya.
Objektif Suruhanjaya
Objektif Suruhanjaya adalah untuk—
merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan; dan
Pendaftar Persatuan Nelayan di bawah Akta Persatuan
Nelayan 1971 [Akta 44]; dan
Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Akta Pertubuhan
Peladang 1973 [Akta 109],
(selepas ini dalam seksyen ini, orang yang disebut dalam perenggan (b), (c) dan (d) secara kolektif disebut sebagai
“pemindah”) yang berhubungan dengan koperasi dan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan dan diletak hak pada Suruhanjaya tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahakan atau pemindahan hak milik.
Tiap-tiap kuasa, fungsi dan tugas pemindah hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan dan diletakhakkan pada
Suruhanjaya.
Tiap-tiap harta yang diletak hak menurut kuasa subseksyen (1)
pada Suruhanjaya hendaklah juga diletakhakkan pada Suruhanjaya sama seperti hakmilik, estet atau kepentingan dan mengikut tempoh milikan sebagaimana harta tersebut diletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan.
Tiap-tiap hak dalam tindakan, hak atau liabiliti yang diletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Suruhanjaya, Kerajaan Malaysia atau pemindah untuk memberikan notis—
kepada orang yang hak atau liabilitinya terjejas oleh, peletakhakan yang dilaksanakan di bawah subseksyen (1).
14
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana prosiding perundangan yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia atau pemindah berkaitan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan atau diletak hak pada Suruhanjaya menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap
Suruhanjaya:
Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam subseksyen 61(1) boleh terpakai bagi penzahiran oleh Suruhanjaya mengenai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat, apa-apa dokumen lain, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal
Suruhanjaya kepada
Kerajaan
Malaysia berhubung dengan subseksyen ini.
Dalam hal hak dan liabiliti yang timbul daripada mana-mana pinjaman yang diletak hak pada Suruhanjaya pada tarikh peletakhakan, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan mengenai hak atau liabiliti itu dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang lain.
Pada dan selepas tarikh peletakhakan, mana-mana perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan dan diletak hak pada
Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan Malaysia atau pemindah menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak hak dan liabiliti itu di bawah perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh diserah hak oleh
Kerajaan Malaysia atau pemindah hendaklah mempunyai kesan seolah-olah Suruhanjaya telah menjadi pihak dalam apa-apa perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain itu.
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Koperasi Malaysia”
boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.
Meterai perbadanan hendaklah digunakan dengan kebenaran
Lembaga dan tiap-tiap surat cara yang meterai perbadanan itu dicapkan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana pengarah dan hendaklah ditandatangani balas oleh setiausaha atau seorang pengarah kedua atau oleh beberapa orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah:
Dengan syarat bahawa mana-mana dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidaklah dikehendaki untuk dimeterai, boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Suruhanjaya, dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak
Suruhanjaya oleh mana-mana pegawai atau pekerja Suruhanjaya yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi pihaknya.
Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan setiausaha atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Lembaga.
Meterai perbadanan
Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Kuasa untuk melantik Wakil
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 15
Suruhanjaya boleh, melalui surat cara di bawah meterai perbadanannya, melantik seseorang sama ada di Malaysia atau di suatu tempat di luar Malaysia untuk menjadi Wakilnya, dan orang yang dilantik itu boleh, tertakluk pada surat cara itu, melakukan apa-apa tindakan atau menyempurnakan apa-apa kuasa atau fungsi yang
16
Undang-Undang Malaysia dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakannya.
Kuasa untuk menubuhkan pejabat dan subsidiari dan melantik ejen
Suruhanjaya boleh menubuhkan, di dalam Malaysia, suatu subsidiari tertakluk pada kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
Menteri, dan jika Menteri memperuntukkan terma dan syarat dalam kelulusan itu, subsidiari itu hendaklah mempunyai imuniti
Suruhanjaya sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60 bagi menjalankan kuasa, tugas atau fungsi bagi pihak
Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh melantik dan menggaji ejen bagi mengurus, mentadbir, menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dibuat dalam melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan dengan baik maksud
Akta ini, Akta Koperasi 1993 dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya.
Pelantikan orang selain pegawai atau pekerja
Suruhanjaya boleh, sama ada secara am atau dalam hal yang khusus, melantik mana-mana orang yang bukan pegawai atau pekerja
Suruhanjaya untuk memberi perkhidmatan sebagaimana yang ditentukannya dalam penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian tugasnya di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 dan mana-mana undang-undang bertulis lain, atau untuk menjalankan, melaksanakan atau menunaikan perkara yang sama bagi pihak atau atas nama Suruhanjaya.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 17
Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi seorang anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Sesuatu Jawatankuasa boleh memilih mana-mana orang daripada anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk pada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Suruhanjaya.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada sesuatu masa dan tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
Sesuatu Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang dijemput itu tidak berhak untuk mengundi.
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang dijemput untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Seksyen 15 hendaklah terpakai bagi anggota sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi seorang pengarah
Lembaga.
18
Undang-Undang Malaysia
Tugas dan komposisi
Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut:
seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong, atas nasihat Menteri;
Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri;
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau seorang Timbalan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau mana-mana wakil
Kementerian Kewangan;
seorang Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua
Setiausaha suatu kementerian sebagaimana yang dilantik oleh Menteri;
Gabenor, atau seorang Timbalan Gabenor atau Penolong
Gabenor Bank Negara Malaysia sebagaimana yang dinamakan oleh Gabenor;
seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh
Menteri di bawah seksyen 11A; dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 19
enam orang yang dilantik oleh Menteri, sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi.
Pengerusi hendaklah dilantik tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang terkandung dalam surat pelantikannya.
(Dipotong oleh Akta A1694).
Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif hendaklah menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Suruhanjaya dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak.
Walau apa pun subseksyen (2) dan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Ketua Pegawai Eksekutif atau Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif boleh dilantik oleh mana-mana undang-undang bertulis atau perlembagaan atau statut atau dengan kelulusan Menteri untuk menjalankan apa-apa kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa-apa gelaran jawatan
20
Undang-Undang Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu.
Kuasa dan tugas Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga yang hendaklah selaras dengan Akta ini.
Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh memutuskan mengenai perkara dasar dan hala tuju strategik Suruhanjaya tanpa kelulusan
Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah—
bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian
Suruhanjaya mengikut dasar yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya;
menjalankan pengawalseliaan dan kawalan ke atas semua pegawai dan pekerja Suruhanjaya; dan
melaksanakan apa-apa tugas lain dan menunaikan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan atau diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan yang wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini.
Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar yang disebut dalam subseksyen (5) jika dia—
membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 21
tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu;
telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan
semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik
Kerajaan dan
Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang boleh diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan fungsinya.
Sekiranya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong selama lebih enam bulan, Menteri hendaklah melantik seorang lain untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, dan atas pelantikan itu,
Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Setiausaha Lembaga
Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila—
Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi—
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi dan aktiviti Suruhanjaya; dan
Setiausaha hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Ketua Pegawai Eksekutif dan Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekerja Suruhanjaya yang perlu untuk membantu setiausaha dalam menunaikan fungsinya secara berkesan dan cekap dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Undang-undang kecil Lembaga
fungsi, kuasa, tugas, saraan, elaun, honorarium, faedah dan terma dan syarat-syarat perkhidmatan, tatakelakuan atau surcaj ke atas pegawai, pekerja, ejen dan perunding
Suruhanjaya;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 23
percanggahan kepentingan berkenaan dengan pengarah, pegawai dan pekerja Suruhanjaya;
pelantikan, terma rujukan dan aktiviti ejen, perunding atau jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya;
kaedah dan tatacara yang hendaklah dipatuhi oleh pengarah dalam mesyuarat Lembaga; atau
perkara-perkara lain sebagaimana yang dikehendaki untuk diperuntukkan di bawah undang-undang kecil dalam Akta ini.
Undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengikat semua orang yang undang-undang kecil itu terpakai dan tiada seorang pun boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, melainkan jika undang-undang kecil itu telah diberikan kepadanya atau dia mengetahuinya, atau mengelak daripada untuk mengetahui undang-undang kecil yang diberikan.
Tempoh jawatan
Suruhanjaya termasuklah—
Pengarah-pengarah yang memegang jawatan sebagai anggota
Lembaga menurut perenggan 11(3)(b), (c), (d) dan (e) ialah anggota ex-officio.
Tertakluk pada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya, tempoh jawatan seorang pengarah selain mereka yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
24
Undang-Undang Malaysia
Peletakan jawatan
Seseorang pengarah yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(a),
dan (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.
Kehilangan kelayakan dan penamatan pengarah
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana pengarah tanpa memberi apa-apa sebab.
Tindakan dan prosiding Lembaga tidak terjejas oleh kekosongan jawatan, dsb.
Lembaga boleh bertindak walau apa pun apa-apa kekosongan dan prosidingnya tidak boleh menjadi tidak sah oleh sebab—
apa-apa kecacatan kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan mana-mana pengarah atau pembentukan
Lembaga;
apa-apa peninggalan, kecacatan atau salah aturan dalam pengadaan atau penjalanan sesuatu mesyuarat; atau
kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorang pengarah.
Elaun atau honorarium
Semua pengarah boleh dibayar elaun atau honorarium sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 25
Tugas pengarah
Seseorang pengarah atau mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah tidak boleh—
menggunakan secara tidak wajar apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab kedudukannya sebagai seorang pengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
melakukan, memperkatakan atau menyiarkan apa-apa yang boleh memudaratkan kepentingan Suruhanjaya.
Mesyuarat
Kuorum bagi mesyuarat Lembaga ialah lima orang, sekurang-kurangnya dua daripada pengarah itu hendaklah terdiri daripada pengarah yang disebut dalam perenggan 11(3)(b), (c), (d) dan (e).
Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
Keputusan Lembaga hendaklah diambil secara undi lebih suara pengarah yang hadir dan mengundi.
Dalam hal keadaan bilangan undi yang sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.
26
Undang-Undang Malaysia
Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua pengarah yang pada masa itu berhak untuk menerima notis suatu mesyuarat Lembaga, adalah sah dan berkesan seolah-olah ketetapan itu telah diluluskan di suatu mesyuarat Lembaga yang diadakan sewajarnya dan dijalankan dan apa-apa ketetapan itu boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk serupa, setiap satunya ditandatangani oleh seorang pengarah atau lebih.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, daripada membenarkan seorang pengarah untuk menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada Pengerusi, atau semasa ketiadaan
Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah memohon bagi kebenaran itu.
Pengerusi hendaklah hanya, bagi maksud subseksyen (1), (3)
dan (7), menamakan pengarah yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(b), (c), (d) atau (e) untuk bertindak bagi pihaknya.
Bagi maksud subseksyen (7), “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.
Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat
Orang yang diundang sedemikian untuk menghadiri mesyuarat
Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun atau perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 27
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan selepas penzahiran itu, pengarah atau anggota jawatankuasa itu hendaklah—
tidak boleh mengambil bahagian ataupun hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dan
tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubung dengan perkara itu.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah oleh sebab mana-mana pengarah Lembaga atau anggota jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.
Minit mesyuarat
Mana-mana minit mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding perundangan, boleh diterima sebagai keterangan prima facie atas fakta-fakta yang tersebut di dalamnya dan tiap-tiap mesyuarat
28
Undang-Undang Malaysia
Lembaga atau jawatankuasa berkenaan dengan prosiding yang minit itu telah dibuat hendaklah disifatkan telah dijalankan dan diadakan sewajarnya dan semua anggota di mesyuarat itu disifatkan dengan sewajarnya layak untuk bertindak.
Bahagian III
Kuasa dan fungsi Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya di bawah Akta ini,
Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, dan tanpa menjejaskan keluasan yang sebelum ini, Suruhanjaya hendaklah turut mempunyai fungsi yang berikut:
untuk bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi;
untuk menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur;
untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya;
untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 29
untuk menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi; dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam
Warta.
Pewakilan kuasa atau fungsi Suruhanjaya
Mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini—
boleh diwakilkan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya sama ada secara am atau khusus; dan
hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
Perwakilan di bawah seksyen ini tidak menyekat Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan tugas atau fungsi yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Ketua
Pegawai
Eksekutif boleh membenarkan dan mengarahkan mana-mana pegawai atau pekerja Suruhanjaya untuk menjalankan mana-mana kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi yang diwakilkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif di bawah subseksyen (1).
30
Undang-Undang Malaysia
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
Suruhanjaya hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa penyata, statistik, akaun, dokumentasi atau maklumat berkenaan dengan pelaksanaan apa-apa fungsi atau penjalanan tugasnya di bawah Akta ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri.
Kuasa untuk berunding dengan Majlis Penasihat Syariah
Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan urusan koperasi yang berasaskan Syariah dan diawasi dan dikawal selia oleh Suruhanjaya dalam mana-mana mahkamah atau penimbang tara, apa-apa persoalan yang timbul mengenai perkara Syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—
mengambil kira apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1); atau
merujuk persoalan sedemikian kepada Majlis Penasihat
Syariah untuk keputusannya.
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah menurut rujukan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) hendaklah, bagi maksud prosiding berkenaan dengan rujukan yang dibuat—
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 31
sekiranya rujukan itu dibuat oleh mahkamah, diambil kira oleh mahkamah dalam membuat keputusannya; dan
Bahagian IV
DAN PEKERJA
Pegawai dan pekerja Suruhanjaya
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja
Suruhanjaya hendaklah diberi penggajian oleh Suruhanjaya atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Pegawai dan pekerja Suruhanjaya hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan, elaun atau faedah, dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
32
Undang-Undang Malaysia
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, daripada kumpulan wang Suruhanjaya menubuh dan menyenggara suatu kumpulan wang pencen dan kebajikan untuk pegawai, pekerja dan tanggungan mereka.
Jika pegawai atau pekerja Suruhanjaya telah dipinjamkan atau ditukarkan ke perkhidmatan Suruhanjaya dari, atau sebelumnya berada dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau pihak berkuasa awam lain yang diluluskan oleh Lembaga, perlantikan pegawai atau pekerja itu hendaklah, tertakluk pada mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dibuat mengikut apa-apa perkiraan mengenai pencen dan elaun bagi perkhidmatan lampau sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, daripada kumpulan wang Suruhanjaya, mengadakan dan menyenggara suatu akaun amanah yang dipanggil “Akaun Kebajikan Kakitangan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia” untuk faedah pegawai dan pekerjanya, termasuk tanggungan mereka.
Akaun Kebajikan Kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia hendaklah digunakan bagi apa-apa maksud berkaitan dengan kebajikan pegawai dan pekerja Suruhanjaya, termasuk tanggungan mereka, yang boleh dari semasa ke semasa dibuat dalam arahan amanah yang dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dan arahan itu boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pemberian, pinjaman atau pembayaran lain daripada Akaun itu.
Bantuan kewangan kepada pegawai, pekerja dan orang lain
Suruhanjaya boleh memperuntukkan—
subsidi, pemberian, pembiayaan Islam atau kemudahan kredit, dengan atau tanpa pulangan atau faedah, kepada pegawai dan pekerjanya; atau
pembiayaan Islam atau kemudahan kredit, dengan atau tanpa pulangan atau faedah, bagi maksud pendidikan atau
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 33
biasiswa kepada pegawai dan pekerjanya atau mana-mana orang lain, atas terma atau syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Pemakaian Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000
Tanpa menjejaskan apa-apa yang terkandung dalam Akta
Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya hendaklah, pada setiap masa, bertindak secara suci hati dan mematuhi apa-apa fungsi dan tugas sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah perenggan 12(1)(a).
Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib
Suatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberi oleh pihak berkuasa tatatertib Suruhanjaya menurut seksyen ini hendaklah, berkenaan dengan pegawai atau pekerja itu, mempunyai kuasa dan kesan yang sama sebagai suatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib,
Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).
34
Undang-Undang Malaysia
Subseksyen 61(1) tidaklah terpakai bagi penzahiran oleh
Suruhanjaya mengenai mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, apa jua dokumen, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya yang dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia menurut seksyen ini.
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada pegawai atau pekerja sebagaimana yang perlu bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
Bahagian V
Modal
Lima puluh juta ringgit daripada modal yang dibenarkan hendaklah dilanggan dan dibayar oleh Kerajaan Malaysia semasa penubuhan Suruhanjaya.
Bahagian berbayar daripada modal yang dibenarkan boleh dinaikkan kepada apa-apa amaun sebagaimana yang diluluskan oleh
Menteri dari semasa ke semasa dan Kerajaan hendaklah melanggan dan membayar amaun kenaikan itu kepada Suruhanjaya:
Dengan syarat bahawa pembayaran kenaikan modal boleh dibuat dengan cara pemindahan dari Kumpulan Wang Rizab Am sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 35
Kumpulan Wang Rizab Am
Pada setiap akhir tahun kewangan, keuntungan bersih
Suruhanjaya bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas membenarkan perbelanjaan operasi dan selepas peruntukan telah dibuat bagi hutang lapuk dan ragu, susut nilai dalam aset, sumbangan kepada kakitangan dan kumpulan wang pencen dan kontingensi lain yang lazimnya diperuntukkan oleh Suruhanjaya.
Keuntungan bersih Suruhanjaya hendaklah diletakkan dalam kredit Kumpulan Wang Rizab Am.
Pemberian tahunan Kerajaan
Kerajaan hendaklah pada tiap-tiap tahun memberikan sejumlah wang kepada Suruhanjaya bagi maksud memenuhi kos operasi
Suruhanjaya.
Kumpulan wang operasi
Kumpulan wang operasi hendaklah terdiri daripada kesemua wang yang—
diterima oleh Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada Kerajaan atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada mana-mana orang;
36
Undang-Undang Malaysia
diperoleh daripada pelupusan, pajakan atau sewaan, atau apa-apa urusan lain yang berkaitan dengan harta yang diletakhakkan atau diperoleh oleh Suruhanjaya;
dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau diletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan mana-mana perkara yang bersangkutan dengan fungsi dan kuasanya atau selainnya yang diterima dengan sah oleh Suruhanjaya.
Kumpulan wang operasi hendaklah digunakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuk—
saraan, atau pemberian pembiayaan
Islam, kemudahan kredit, elaun pencen atau gratuiti kepada pengarah, pegawai, pekerja atau orang lain yang digaji atau dilantik oleh Suruhanjaya; atau
membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau belanjawan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh
Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasa atau tugasnya di bawah Akta ini;
menguntukkan pemberian bagi pembangunan koperasi di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya;
membayar balik mana-mana wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan pembayaran apa-apa pulangan atau faedah yang kena dibayar ke atasnya;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 37
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh harta tak alih dan mendirikan bangunan, serta menjalankan apa-apa kerja lain dan aku janji dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasa atau tugasnya di bawah Akta ini;
memenuhi apa-apa kewajipan kewangan yang ditanggung secara sah oleh Suruhanjaya;
secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Suruhanjaya hendaklah mengurus kumpulan wang operasi dengan berhemat dan cermat.
Kuasa untuk meminjam atau menjana kumpulan wang
Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Menteri dan Menteri Kewangan, menjana kumpulan wang seperti yang berikut:
meminjam wang daripada Kerajaan, agensi Kerajaan atau mana-mana orang lain; atau
mengeluarkan bon, debentur, stok debentur atau mana-mana sekuriti lain, mengikut apa-apa cara yang Suruhanjaya fikirkan patut atau atas apa-apa terma atau syarat yang disifatkannya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau untuk melaksanakan mana-mana fungsi, kuasa atau tugasnya di bawah Akta ini.
38
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk memberi pinjaman
Pada menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini,
Suruhanjaya boleh menguntukkan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit kepada mana-mana orang atas apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan.
Pelaburan
Wang Suruhanjaya termasuk wang dalam kumpulan wang operasi atau apa-apa wang yang dipegang oleh Suruhanjaya menurut seksyen 41, boleh, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan atau digunakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dilaburkan dengan apa-apa cara yang Suruhanjaya sifatkan patut dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.
Kehendak untuk menyimpan buku, rekod, akaun, dsb.
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan buku, rekod dan akaun yang sepatutnya disimpan dan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan bagi tahun kewangan itu suatu penyata kewangan Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan.
Kehendak melapor
suatu salinan penyata akaunnya yang diperakui oleh Ketua
Audit Negara dan suatu salinan laporan Ketua Audit
Negara; dan
suatu laporan tahunan mengenai penjalanan Suruhanjaya di bawah Akta ini sepanjang tahun kewangan.
Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, membentangkan suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh
Ketua Audit Negara, suatu salinan laporan Ketua Audit Negara dan laporan tahunan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya tertakluk pada peruntukan Akta ini.
Tahun kewangan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 39
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, tahun kewangan bagi Suruhanjaya hendaklah bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari ke tiga puluh satu bulan
Disember pada setiap tahun.
Penyenggaraan kumpulan wang dan akaun
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan daripada Menteri menurut
Akta ini,
Akta
Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain, mengendali, mengurus dan menyenggara apa-apa kumpulan wang untuk melanjutkan objektifnya.
Suruhanjaya hendaklah memegang dan mentadbir yang berikut:
apa-apa kumpulan wang lain yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri.
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah kepada, menggantikan atau selainnya meminda subseksyen (3) dan apabila perintah itu disiarkan, subseksyen (3) sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah kepada, diganti atau selainnya dipinda, hendaklah mula berkuat kuasa dan terpakai sepenuhnya dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian penting Akta ini bermula dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh yang terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.
Suruhanjaya hendaklah menzahirkan penjalanan kumpulan wang di bawah subseksyen (3) dalam laporan tahunannya mengikut perenggan 39(1)(b).
Kumpulan Wang Likuiditi Pusat
Mana-mana koperasi yang dikehendaki oleh Suruhanjaya untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Likuiditi Pusat di bawah subseksyen (1) hendaklah membayar kepada Suruhanjaya atau kepada ejennya sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu sejumlah wang caruman atau apa-apa kadar caruman sebagai suatu peratusan modal syer, modal langganan, aset atau tanggungannya atau gabungannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa tidak lewat dari tarikh yang ditentukan dalam perintah itu.
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu, membuat peraturan-peraturan mengenai ruang lingkup, pengendalian dan pengurusan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat.
42
Undang-Undang Malaysia
Akaun Deposit Koperasi
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu, membuat peraturan-peraturan mengenai ruang lingkup, pengendalian dan pengurusan Akaun Deposit Koperasi.
Bahagian VI
Pemakaian Bahagian ini
Bahagian ini hendaklah terpakai bagi kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993, mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya, peraturan-peraturan, perintah dan arahan yang dibuat di bawah Akta-Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis itu.
Pelantikan, kuasa, fungsi dan tugas pegawai penyiasat
Tertakluk pada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang diberikan kepada pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan tugas demikian—
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 43
menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, imuniti dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam, peruntukan Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya yang terpakai bagi seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya seolah-olah dia adalah seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya.
Seorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya atau mana-mana pegawai penyiasat atau pegawai lain yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi apa-apa arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan yang
Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai lain itu yang diberi kuasa oleh
Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya atau seorang pegawai penyiasat atau pegawai yang berpangkat lebih tinggi, boleh menentukan secara lisan atau secara bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.
Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai, pekerja atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai
Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas seorang pegawai penyiasat.
Seorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa siasatan ke atas mana-mana orang di bawah seksyen 66 Akta Koperasi 1993
hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar atas orang yang sedang diperiksa.
Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita
masuk ke dalam mana-mana premis dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain;
memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;
mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang dijumpai pada orang itu;
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bekas atau bejana; atau
Seorang pegawai penyiasat boleh jika perlu untuk berbuat—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu dan masuk ke dalamnya;
dengan secara paksa masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 45
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, pemeriksaan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau
menahan semua atau mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis, atau di dalam mana-mana kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau kenderaan itu digeledah.
Suatu senarai semua barang yang disita dalam penjalanan sesuatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan premis di mana barang sedemikian masing-masingnya dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang menjalankan penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1) atau mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah pada tiap-tiap ketika dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.
Seorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—
semasa penutupan penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau
dengan keizinan bertulis terdahulu daripada Ketua Pegawai
Eksekutif atau mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penutupan penyiasatan, melepaskan mana-mana harta, buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau dipindahkan olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain, kepada mana-mana orang yang ditetapkannya sebagai berhak di sisi undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain itu jika dia berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan
46
Undang-Undang Malaysia oleh Suruhanjaya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat yang menyebabkan apa-apa pelepasan mana-mana harta, buku atau dokumen lain di bawah subseksyen (5) berkenaan dengan pelepasan sedemikian dengan menyatakan di dalamnya secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.
Jika pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang berhak di sisi undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain itu atau jika terdapat lebih daripada satu pihak menuntut harta, buku atau dokumen lain itu, pegawai penyiasat hendaklah melaporkan perkara itu kepada Majistret yang hendaklah kemudiannya menguruskan harta, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan (4), seksyen 414,
415 dan 416 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]:
Dengan syarat bahawa jika harta yang dirampas itu adalah tanah,
Majistret hendaklah menguruskan hal pemilikan harta itu.
Pemeriksaan orang
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa harta, buku, dokumen atau artikel, yang
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 47
dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau seksyen 46 kecuali oleh seorang perempuan yang lain.
Galangan terhadap penjalanan kuasa oleh pegawai penyiasat
Tiada seorang pun boleh—
enggan memberikan mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 46 atau 47, akses ke mana-mana premis atau bahagian premis itu, atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;
menyerang, menggalang, menghalang atau melengah-lengahkan pegawai penyiasat itu masuk yang dia berhak untuk masuk;
tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen 46 atau 47;
enggan memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ia berkuasa untuk memberikannya;
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, buku, dokumen atau artikel yang berhubung dengannya pegawai penyiasat ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah
Akta ini,
Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya;
menyelamatkan atau berusaha menyelamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
48
Undang-Undang Malaysia
memberi kepada seorang pegawai penyiasat dengan mengatakan sebagai benar, maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayainya adalah palsu; atau
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkannya daripada disita, atau didapatkannya.
Kehendak untuk menyediakan terjemahan
Tiada seorang pun boleh dengan diketahuinya memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan diketahuinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, jujur dan benar.
Jika orang yang dikehendaki memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukannya orang yang disyaki telah melakukan kesalahan yang sedang disiasat, Suruhanjaya hendaklah membayar kepadanya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 49
Kuasa untuk memeriksa orang
memerintahkan mana-mana orang secara bertulis supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa oleh pegawai penyiasat itu berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu;
memerintahkan mana-mana orang secara bertulis supaya mengemukakan di hadapan pegawai penyiasat itu buku, dokumen lain, harta, artikel atau benda yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu; atau
melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu pernyataan secara bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar yang dinyatakan dalamnya segala maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, yang merupakan maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu.
Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), atau suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c) telah diberikan hendaklah mematuhi terma perintah atau notis bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan khususnya—
seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat sehinggalah pemeriksaan
50
Undang-Undang Malaysia itu selesai, dan hendaklah sepanjang pemeriksaan itu mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, atau yang boleh didapatkannya, berkenaan dengan perkara yang berhubung dengannya dia sedang diperiksa, sama ada apa-apa soalan dikemukakan kepadanya ataupun tidak mengenainya itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya, dan tidaklah boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau pasangannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersalah;
seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar
Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen lain, harta, artikel atau benda yang ditentukan dalam perintah itu, atau mengubah atau merosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen lain itu atau menyebabkannya dilakukan, atau membantu atau bersubahat untuk melakukannya; dan
seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, memberi dan mendedahkan dengan benar segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, atau yang boleh didapatkannya, dan tidaklah boleh gagal memberi atau mendedahkan maklumat itu atas alasan yang maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau pasangannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersalah.
Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis atau perintah itu dan peruntukan subseksyen (2) yang berhubung dengannya, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, Akta
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 51
Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya, atau apa-apa sumpah, aku janji atau kehendak menyimpan rahsia, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang berlawanan.
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa harta, buku, dokumen, artikel, atau benda menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang mula-mula disebutkan itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebut itu mungkin bertindak, tidaklah boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah atau oleh sebab mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau oleh sebab apa-apa perjanjian atau perkiraan, atau bagaimana jua pun selainnya.
Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan selama suatu jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, buku, dokumen, artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa penjalanan sesuatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau pemeriksaan orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan (1)(a) atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk memastikan sama ada apa-apa benda yang relevan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya, pada diri orang itu.
Sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah diubah ke dalam bentuk tulisan oleh pegawai penyiasat dan hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab-sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa harta, buku, dokumen, artikel atau
52
Undang-Undang Malaysia benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa sesuatu pemeriksaan dijalankan di bawah perenggan (1)(a)
atau di bawah sesuatu pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah—
bagi, atau berhubung dengan, sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini,
Akta
Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya;
bagi, atau berhubung dengan, apa-apa perkara lain di bawah
Akta ini,
Akta
Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya; atau
bagi, atau berhubung dengan, apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, buku, dokumen, artikel atau benda, atau yang telah membuat pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.
Orang tertentu yang berkenaan dengannya kuasa penyiasatan boleh dijalankan
abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan kepada pasangan orang itu;
mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;
mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pasangan orang itu;
pasangan kepada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e);
mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b), (c) atau (f);
mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada orang itu, atau kepada pasangan orang itu; atau
mana-mana pasangan, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, orang yang disebut dalam perenggan (h);
“sekutu perniagaan” bagi seseorang termasuklah—
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
54
Undang-Undang Malaysia
seorang jurubank, akauntan, juruaudit, peguam bela, penama atau orang lain yang diambil kerja atau dilantik oleh orang itu pada bila-bila masa sebelum atau selepas tarikh berkuat kuasa;
mana-mana pertubuhan perbadanan atau bukan perbadanan yang orang itu ialah seorang pengarah, dan mana-mana pengarah lain badan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan itu;
mana-mana pengarah pertubuhan perbadanan itu;
mana-mana perbadanan sekutu atau berkaitan dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
mana-mana sekutu perniagaan bagi perbadanan sekutu atau berkaitan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan (ii);
mana-mana orang yang mempunyai apa-apa pengetahuan atau maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, urus niaga, hal ehwal atau harta orang itu; dan
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa penyiasatan lain yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, kuasa itu boleh dijalankan olehnya terhadap mana-mana—
sekutu perniagaan yang lampau atau sekarang;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 55
orang yang adalah atau pernah menjadi anggota atau pernah atau telah membuat deposit dengan, atau yang adalah atau pernah menjadi seorang pemiutang;
orang yang adalah atau telah bersangkutan dengan pengawalan atau pengurusan, secara keseluruhan atau sebahagian hal ehwal koperasi itu; atau
orang yang mempunyai atau pernah mempunyai kepentingan dalam syer, atau selainnya mempunyai atau pernah mempunyai kepentingan dalam harta, orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya;
mana-mana sekutu perniagaan atau saudara kepada orang yang disebut dalam perenggan (a); atau
mana-mana pertubuhan perbadanan atau bukan perbadanan yang baginya mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) ialah seorang pengarah atau pegawai atau, jika pertubuhan itu adalah suatu pertubuhan perbadanan, mempunyai suatu kepentingan dalam syer pertubuhan perbadanan itu.
Bantuan kepada pegawai polis, pegawai awam, dsb.
Suruhanjaya boleh atas inisiatifnya sendiri, atau atas permintaan seseorang pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang—
suatu salinan apa-apa buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milikan di bawah seksyen 46 atau 47;
apa-apa pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 50(1)(c); atau
apa-apa buku atau dokumen lain yang dibuat di bawah perenggan 50(1)(b) atau selainnya dalam menjalankan apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 50(1)(a), dan pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang itu, boleh menggunakan salinan bagi rekod, pernyataan, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau
membenarkan seseorang pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang itu, untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, buku, dokumen, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milikan, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang itu, boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh dengan cara akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubungan dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 57
Percantuman kesalahan
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, jika seseorang dipertuduh atas lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya, dia boleh dipertuduhkan atas dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi seberapa banyak kesalahan yang dilakukan dalam jarak masa tidak kira apa jua pun tempohnya.
Kesalahan menjadi kesalahan boleh tangkap
Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya hendaklah menjadi suatu kesalahan boleh tangkap, dan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 45(1) boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki olehnya telah melakukan atau akan melakukan apa-apa kesalahan itu.
Bahagian VII
Kesalahan khusus
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak di bawah seksyen 48 atau subseksyen 49(1), 49(2) atau 50(2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau
58
Undang-Undang Malaysia kedua-duanya dan sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Kuasa Suruhanjaya untuk mengkompaun kesalahan
Apa-apa wang yang dibayar kepada Suruhanjaya menurut peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang operasi Suruhanjaya.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat, tertakluk pada subseksyen 62(1).
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 59
Kewajipan pegawai penyiasat untuk menyerahkan orang ditangkap kepada polis
Seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 45(1) yang membuat suatu penangkapan di bawah seksyen 54 hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang berhampiran atau, jika seseorang pegawai polis itu tiada, membawa orang itu ke balai polis yang berhampiran, dan selepas itu orang yang ditangkap seperti disebut terdahulu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.
Pekhidmat awam
Semua pengarah, anggota sesuatu jawatankuasa Suruhanjaya, pegawai atau pekerja Suruhanjaya atau pegawai penyiasat semasa menjalankan tugas mereka sebagai seorang pengarah, anggota, pegawai, pekerja atau pegawai penyiasat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Kanun Keseksaan [Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya, pegawai, pekerja atau ejen
Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam keupayaan sedemikian atau atas sifatnya sebagai pegawai atau pekerja yang diperihalkan dalam undang-undang yang ditentukan dalam
Akta Koperasi 1993.
60
Undang-Undang Malaysia
Imuniti
mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja mana-mana
Kerajaan atau Suruhanjaya, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya; atau
mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak
Kerajaan, Suruhanjaya, pegawai atau pekerja, sama ada secara peribadi atau atas sifat orang yang melakukan bagi pihak tersebut, bagi atau mengenai, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau berupa dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat atau dilakukan, menurut atau dalam melaksanakan Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya, atau mana-mana perintah bertulis, arahan, notis atau apa-apa jua perkara lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya:
Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Bagi maksud seksyen ini–
mana-mana anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan Negeri hendaklah dianggap sebagai seorang pegawai Kerajaan itu masing-masing; dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 61
Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua
Pegawai
Eksekutif, pengarah, anggota jawatankuasa
Suruhanjaya, pegawai, pekerja atau mana-mana orang yang dilantik oleh
Suruhanjaya menurut seksyen 9, subseksyen 8(2) dan 10(2) dan perenggan 69A(2)(a)
Akta Koperasi 1993 dan mana-mana pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 Akta Koperasi 1993, hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Suruhanjaya.
Dalam subseksyen (2), “anggota pentadbiran” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Perkara 160(2)
Perlembagaan Persekutuan.
Pemeliharaan kerahsiaan
di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya, peraturan, perintah, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya;
bagi pelaksanaan tugasnya dan penjalanan fungsinya di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana
62
Undang-Undang Malaysia undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya, peraturan, perintah, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya.
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa dokumen, bahan atau maklumat yang pada masa penzahiran itu adalah, atau telah pun dibuat, tersedia dengan sah kepada orang awam daripada apa-apa sumber, atau kepada maklumat dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang berhubung dengan sesuatu koperasi tertentu, anggota atau pendepositnya tidak dinyatakan secara jelas.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun menzahirkannya kepada mana-mana orang lain.
Jika Suruhanjaya dalam penjalanan mana-mana kuasanya atau dalam penunaian mana-mana tugas atau fungsinya di bawah Akta ini,
Akta Koperasi 1993, mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkusakan oleh Suruhanjaya atau apa-apa jua mana-mana undang-undang bertulis lain, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993, mana-mana undang-undang bertulis lain atau apa-apa jua mana-mana undang-undang bertulis lain itu, adalah sah bagi Suruhanjaya memberi maklumat mengenai perlakuan demikian kepada seorang pegawai polis, atau menyampaikan suatu atau kesemua maklumat berhubung dengan kesalahan demikian kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah atau menguatkuasakan undang-undang yang kesalahan itu disyaki oleh Suruhanjaya telah dilakukan.
Subseksyen (4) hendaklah mempunyai kuasa dan kesan yang penuh, walau apa pun apa-apa ketidakkonsistenan dengannya, atau bertentangan dengannya, dalam Akta ini, Akta Koperasi 1993, mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 63
Pemulaan pendakwaan
Bagi maksud seksyen 380 Kanun Tatacara Jenayah, seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya yang diberikan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai awam.
Pewakilan dalam prosiding sivil
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang
Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau untuk didengar, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Ketua
Pegawai Eksekutif bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak
Suruhanjaya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu, membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan objektif
Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini dan untuk menetapkan
64
Undang-Undang Malaysia apa-apa perkara yang perlu ditetapkan di bawah Akta ini.
*CATATAN—lihat seksyen 16 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 [Akta A1694]
m.b.p. 1 Oktober 2023 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
Kecualian dan peralihan
Orang yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.
Orang yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah
Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa perintah, arahan, garis panduan, surat pekeliling, notis, keputusan, kelulusan atau penentuan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan dibuat atau dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kekal sah.
65
Akta 665
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1470
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(Pindaan) 2014
07-01-2015
Akta A1694
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(Pindaan) 2023
01-10-2023
66
Akta 665
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1694 01-10-2023 6
Akta A1694 01-10-2023 11
Akta A1470 07-01-2015
Akta A1694 01-10-2023 11A
Akta A1694 01-10-2023 11B
Akta A1694 01-10-2023 11C
Akta A1694 01-10-2023 11D
Akta A1694 01-10-2023 13
Akta A1694 01-10-2023 14
Akta A1694 01-10-2023 15
Akta A1694 01-10-2023 19
Akta A1694 01-10-2023 24
Akta A1694 01-10-2023 45
Akta A1694 01-10-2023 46
Akta A1694 01-10-2023 56
Akta A1694 01-10-2023
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 67
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
60
Akta A1694 01-10-2023 62A
Akta A1470 07-01-2015
Akta A1694
01-10-2023