Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Kuorum bagi mesyuarat Lembaga ialah lima orang, sekurang-kurangnya dua daripada pengarah itu hendaklah terdiri daripada pengarah yang disebut dalam perenggan 11(3)(b), (c), (d) dan (e).
(3)
Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
(4)
Keputusan Lembaga hendaklah diambil secara undi lebih suara pengarah yang hadir dan mengundi.
(5)
Dalam hal keadaan bilangan undi yang sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.
26
Undang-Undang Malaysia
(6)
Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua pengarah yang pada masa itu berhak untuk menerima notis suatu mesyuarat Lembaga, adalah sah dan berkesan seolah-olah ketetapan itu telah diluluskan di suatu mesyuarat Lembaga yang diadakan sewajarnya dan dijalankan dan apa-apa ketetapan itu boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk serupa, setiap satunya ditandatangani oleh seorang pengarah atau lebih.
(7)
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, daripada membenarkan seorang pengarah untuk menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada Pengerusi, atau semasa ketiadaan
Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah memohon bagi kebenaran itu.
(8)
Pengerusi hendaklah hanya, bagi maksud subseksyen (1), (3)
dan (7), menamakan pengarah yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(b), (c), (d) atau (e) untuk bertindak bagi pihaknya.
(9)
Bagi maksud subseksyen (7), “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.
Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat