Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 23

Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya di bawah Akta ini,

Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, dan tanpa menjejaskan keluasan yang sebelum ini, Suruhanjaya hendaklah turut mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi;

(b)

untuk bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi;

(c)

untuk menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur;

(d)

untuk memelihara nilai dan prinsip koperasi;

(e)

untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya;

(f)

untuk mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi;

(g)

untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 29

(h)

untuk menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi; dan

(i)

untuk menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam

Warta.

Pewakilan kuasa atau fungsi Suruhanjaya

Section 23 — MALAYSIA CO-OPERATIVE SOCIETIES COMMISSION ACT 2007