Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 26

(2)

Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan urusan koperasi yang berasaskan Syariah dan diawasi dan dikawal selia oleh Suruhanjaya dalam mana-mana mahkamah atau penimbang tara, apa-apa persoalan yang timbul mengenai perkara Syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—

(a)

mengambil kira apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1); atau

(b)

merujuk persoalan sedemikian kepada Majlis Penasihat

Syariah untuk keputusannya.

(3)

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah menurut rujukan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) hendaklah, bagi maksud prosiding berkenaan dengan rujukan yang dibuat—

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 31

(a)

sekiranya rujukan itu dibuat oleh mahkamah, diambil kira oleh mahkamah dalam membuat keputusannya; dan

(b)

sekiranya rujukan dibuat oleh penimbang tara, mengikat penimbang tara itu.

Section 26 — MALAYSIA CO-OPERATIVE SOCIETIES COMMISSION ACT 2007