Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8
Undang-Undang Malaysia
“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah *Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“cagaran” termasuklah suatu gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, debentur, bil pertukaran, nota janji hutang, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, tanggung rugi, aku janji atau cara lain untuk menjamin pembayaran atau pelepasan hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;
“ditentukan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditentukan dari semasa ke semasa secara bertulis;
“ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“dokumen” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—
(a)
apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
(b)
apa-apa dokumen pemindahhakkan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, memperuntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta jika orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakkan itu adalah tuan punya atau pemilik, atau jika di dalamnya dia berhak mendapat suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan atau sebahagian kepentingan itu;
*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] telah dimansuhkan oleh Akta Bank
Negara Malaysia 2009 [Akta 701] yang mula berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 100 Akta 701.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 9
(c)
apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, pinjaman saham, hak langganan boleh dipindah milik atau waran;
(d)
apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga;
(e)
apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain yang menjaminkan pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; dan
(f)
apa-apa harta ketara atau tak ketara lain;
“honorarium” ertinya sebahagian keuntungan bersih teraudit
Suruhanjaya yang dibahagikan di kalangan beberapa atau kesemua anggota Lembaga sebagai balasan kepada perkhidmatan mereka, yang jika tidak, diberikan saraan;
“kemudahan kredit” ertinya–
(a)
pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua nama orang yang kepadanya pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain telah diberikan mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada kumpulan wang atau harta orang yang memberinya;
(b)
sewa beli, pemajakan, pemfaktoran dan apa-apa urus niaga atau transaksi yang seumpamanya;
(c)
pemberian suatu jaminan atau peruntukan apa-apa cagaran berhubung dengan kewajipan mana-mana orang; atau 10
Undang-Undang Malaysia
(d)
apa-apa urus niaga atau transaksi lain seumpama itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 11A;
“koperasi” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993 [Akta 502];
“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Suruhanjaya;
“Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 *Akta Bank Negara
Malaysia 1958 [Akta 519];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;
“pembiayaan Islam” ertinya pemberian apa-apa kemudahan kredit mengikut Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah dan termasuklah apa-apa urus niaga atau transaksi lain seumpama itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 63;
“pengarah” ertinya seorang anggota Lembaga;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(a);
“perbadanan berkaitan” ertinya sesuatu perbadanan subsidiari atau bersekutu sesuatu koperasi atau sesuatu perbadanan bersekutu sesuatu subsidiari atau subsidiari-subsidiari sesuatu koperasi;
“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau hendak diberikan berhubung dengan apa-apa surat cara pembiayaan Islam;
*CATATAN—Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] telah dimansuhkan oleh Akta Bank
Negara Malaysia 2009 [Akta 701] yang mula berkuat kuasa pada 25 November 2009–lihat seksyen 100 Akta 701.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 11
“sekuriti” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];
“subsidiari” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“syer” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 4 *Akta Syarikat 1965 atau seksyen 2 Akta Koperasi 1993, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
“Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11A.