Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Suatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberi oleh pihak berkuasa tatatertib Suruhanjaya menurut seksyen ini hendaklah, berkenaan dengan pegawai atau pekerja itu, mempunyai kuasa dan kesan yang sama sebagai suatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib,
Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).
34
Undang-Undang Malaysia
(3)
Subseksyen 61(1) tidaklah terpakai bagi penzahiran oleh
Suruhanjaya mengenai mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, apa jua dokumen, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya yang dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia menurut seksyen ini.
(4)
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada pegawai atau pekerja sebagaimana yang perlu bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.