Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 34

Kumpulan wang operasi

(2)

Kumpulan wang operasi hendaklah terdiri daripada kesemua wang yang—

(a)

diterima oleh Suruhanjaya melalui pemberian daripada

Kerajaan;

(b)

diterima oleh Suruhanjaya sebagai fi dan bayaran kompaun;

(c)

diterima oleh Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada Kerajaan atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada mana-mana orang;

36

Undang-Undang Malaysia

(d)

diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh

Suruhanjaya;

(e)

diperoleh daripada pelupusan, pajakan atau sewaan, atau apa-apa urusan lain yang berkaitan dengan harta yang diletakhakkan atau diperoleh oleh Suruhanjaya;

(f)

dipinjam atau dijana oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 35;

dan

(g)

dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau diletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan mana-mana perkara yang bersangkutan dengan fungsi dan kuasanya atau selainnya yang diterima dengan sah oleh Suruhanjaya.

(3)

Kumpulan wang operasi hendaklah digunakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuk—

(i)

saraan, atau pemberian pembiayaan

Islam, kemudahan kredit, elaun pencen atau gratuiti kepada pengarah, pegawai, pekerja atau orang lain yang digaji atau dilantik oleh Suruhanjaya; atau

(ii)

fi dan kos guaman serta fi dan kos lain;

(b)

membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau belanjawan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh

Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasa atau tugasnya di bawah Akta ini;

(c)

menguntukkan pemberian bagi pembangunan koperasi di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh

Suruhanjaya;

(d)

membayar balik mana-mana wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan pembayaran apa-apa pulangan atau faedah yang kena dibayar ke atasnya;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 37

(e)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh harta tak alih dan mendirikan bangunan, serta menjalankan apa-apa kerja lain dan aku janji dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasa atau tugasnya di bawah Akta ini;

(f)

memenuhi apa-apa kewajipan kewangan yang ditanggung secara sah oleh Suruhanjaya;

(g)

memberi apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit di bawah Akta; atau

(h)

secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

(4)

Suruhanjaya hendaklah mengurus kumpulan wang operasi dengan berhemat dan cermat.

Kuasa untuk meminjam atau menjana kumpulan wang