Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Menteri dan Menteri Kewangan, menjana kumpulan wang seperti yang berikut:
(a)
meminjam wang daripada Kerajaan, agensi Kerajaan atau mana-mana orang lain; atau
(b)
mengeluarkan bon, debentur, stok debentur atau mana-mana sekuriti lain, mengikut apa-apa cara yang Suruhanjaya fikirkan patut atau atas apa-apa terma atau syarat yang disifatkannya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau untuk melaksanakan mana-mana fungsi, kuasa atau tugasnya di bawah Akta ini.
38
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk memberi pinjaman