Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 41

(2)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan daripada Menteri menurut

Akta ini,

Akta

Koperasi 1993

atau mana-mana undang-undang bertulis lain, mengendali, mengurus dan menyenggara apa-apa kumpulan wang untuk melanjutkan objektifnya.

(3)

Suruhanjaya hendaklah memegang dan mentadbir yang berikut:

(a)

Kumpulan Wang Pusat Koperasi;

(b)

Akaun Deposit Koperasi;

(c)

Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi;

(d)

Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi;

(e)

Akaun Pelikuidasian Koperasi;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 41

(f)

Kumpulan Wang Likuiditi Pusat; dan

(g)

apa-apa kumpulan wang lain yang ditubuhkan oleh

Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri.

(4)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah kepada, menggantikan atau selainnya meminda subseksyen (3) dan apabila perintah itu disiarkan, subseksyen (3) sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah kepada, diganti atau selainnya dipinda, hendaklah mula berkuat kuasa dan terpakai sepenuhnya dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian penting Akta ini bermula dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh yang terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.

(5)

Suruhanjaya hendaklah menzahirkan penjalanan kumpulan wang di bawah subseksyen (3) dalam laporan tahunannya mengikut perenggan 39(1)(b).

Kumpulan Wang Likuiditi Pusat