Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 45

Pelantikan, kuasa, fungsi dan tugas pegawai penyiasat

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang diberikan kepada pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan tugas demikian—

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 43

(a)

menjadi tertakluk pada; dan

(b)

menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, imuniti dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam, peruntukan Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya yang terpakai bagi seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya seolah-olah dia adalah seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya.

(3)

Seorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya atau mana-mana pegawai penyiasat atau pegawai lain yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi apa-apa arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan yang

Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai lain itu yang diberi kuasa oleh

Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya atau seorang pegawai penyiasat atau pegawai yang berpangkat lebih tinggi, boleh menentukan secara lisan atau secara bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai, pekerja atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai

Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas seorang pegawai penyiasat.

(5)

Seorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa siasatan ke atas mana-mana orang di bawah seksyen 66 Akta Koperasi 1993

hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar atas orang yang sedang diperiksa.

Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita