Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 46

(a)

masuk ke dalam mana-mana premis dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain;

(b)

memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;

(c)

mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;

(d)

memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang dijumpai pada orang itu;

(e)

memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bekas atau bejana; atau

(f)

memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana kenderaan.

(2)

Seorang pegawai penyiasat boleh jika perlu untuk berbuat—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu dan masuk ke dalamnya;

(b)

dengan secara paksa masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 45

(c)

memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, pemeriksaan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

(d)

menahan semua atau mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis, atau di dalam mana-mana kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau kenderaan itu digeledah.

(3)

Suatu senarai semua barang yang disita dalam penjalanan sesuatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan premis di mana barang sedemikian masing-masingnya dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang menjalankan penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.

(4)

Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1) atau mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah pada tiap-tiap ketika dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.

(5)

Seorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—

(a)

semasa penutupan penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau

(b)

dengan keizinan bertulis terdahulu daripada Ketua Pegawai

Eksekutif atau mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penutupan penyiasatan, melepaskan mana-mana harta, buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau dipindahkan olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain, kepada mana-mana orang yang ditetapkannya sebagai berhak di sisi undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain itu jika dia berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993

atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan

46

Undang-Undang Malaysia oleh Suruhanjaya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(6)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat yang menyebabkan apa-apa pelepasan mana-mana harta, buku atau dokumen lain di bawah subseksyen (5) berkenaan dengan pelepasan sedemikian dengan menyatakan di dalamnya secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.

(7)

Jika pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang berhak di sisi undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain itu atau jika terdapat lebih daripada satu pihak menuntut harta, buku atau dokumen lain itu, pegawai penyiasat hendaklah melaporkan perkara itu kepada Majistret yang hendaklah kemudiannya menguruskan harta, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan (4), seksyen 414,

415 dan 416 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]:

Dengan syarat bahawa jika harta yang dirampas itu adalah tanah,

Majistret hendaklah menguruskan hal pemilikan harta itu.

Pemeriksaan orang