Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 4

Objektif Suruhanjaya adalah untuk—

(a)

merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;

(b)

menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan; dan

(c)

mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.

Peruntukan peletakhakan

Section 4 — MALAYSIA CO-OPERATIVE SOCIETIES COMMISSION ACT 2007