Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 50

(a)

memerintahkan mana-mana orang secara bertulis supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa oleh pegawai penyiasat itu berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu;

(b)

memerintahkan mana-mana orang secara bertulis supaya mengemukakan di hadapan pegawai penyiasat itu buku, dokumen lain, harta, artikel atau benda yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu; atau

(c)

melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu pernyataan secara bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar yang dinyatakan dalamnya segala maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, yang merupakan maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), atau suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c) telah diberikan hendaklah mematuhi terma perintah atau notis bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan khususnya—

(a)

seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat sehinggalah pemeriksaan

50

Undang-Undang Malaysia itu selesai, dan hendaklah sepanjang pemeriksaan itu mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, atau yang boleh didapatkannya, berkenaan dengan perkara yang berhubung dengannya dia sedang diperiksa, sama ada apa-apa soalan dikemukakan kepadanya ataupun tidak mengenainya itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya, dan tidaklah boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau pasangannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersalah;

(b)

seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar

Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen lain, harta, artikel atau benda yang ditentukan dalam perintah itu, atau mengubah atau merosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen lain itu atau menyebabkannya dilakukan, atau membantu atau bersubahat untuk melakukannya; dan

(c)

seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, memberi dan mendedahkan dengan benar segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, atau yang boleh didapatkannya, dan tidaklah boleh gagal memberi atau mendedahkan maklumat itu atas alasan yang maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau pasangannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersalah.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis atau perintah itu dan peruntukan subseksyen (2) yang berhubung dengannya, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, Akta

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 51

Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya, atau apa-apa sumpah, aku janji atau kehendak menyimpan rahsia, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang berlawanan.

(4)

Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa harta, buku, dokumen, artikel, atau benda menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang mula-mula disebutkan itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebut itu mungkin bertindak, tidaklah boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah atau oleh sebab mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau oleh sebab apa-apa perjanjian atau perkiraan, atau bagaimana jua pun selainnya.

(5)

Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan selama suatu jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, buku, dokumen, artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa penjalanan sesuatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau pemeriksaan orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan (1)(a) atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk memastikan sama ada apa-apa benda yang relevan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya, pada diri orang itu.

(6)

Sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah diubah ke dalam bentuk tulisan oleh pegawai penyiasat dan hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab-sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(7)

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa harta, buku, dokumen, artikel atau

52

Undang-Undang Malaysia benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa sesuatu pemeriksaan dijalankan di bawah perenggan (1)(a)

atau di bawah sesuatu pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah—

(a)

bagi, atau berhubung dengan, sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini,

Akta

Koperasi 1993

atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh

Suruhanjaya;

(b)

bagi, atau berhubung dengan, apa-apa perkara lain di bawah

Akta ini,

Akta

Koperasi 1993

atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh

Suruhanjaya; atau

(c)

bagi, atau berhubung dengan, apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, buku, dokumen, artikel atau benda, atau yang telah membuat pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.

Orang tertentu yang berkenaan dengannya kuasa penyiasatan boleh dijalankan