Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
Suruhanjaya boleh atas inisiatifnya sendiri, atau atas permintaan seseorang pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang—
(a)
membekalkan—
56
Undang-Undang Malaysia
(i)
suatu salinan apa-apa buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milikan di bawah seksyen 46 atau 47;
(ii)
apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 50(1)(a);
(iii)
apa-apa pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 50(1)(c); atau
(iv)
apa-apa buku atau dokumen lain yang dibuat di bawah perenggan 50(1)(b) atau selainnya dalam menjalankan apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 50(1)(a), dan pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang itu, boleh menggunakan salinan bagi rekod, pernyataan, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau
(b)
membenarkan seseorang pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang itu, untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, buku, dokumen, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milikan, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis, pegawai awam, pihak berkuasa atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang itu, boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh dengan cara akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubungan dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 57
Percantuman kesalahan