Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 5

(a)

Kerajaan Malaysia;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 13

(b)

Ketua Pendaftar Koperasi bagi Malaysia di bawah

Akta Koperasi 1993;

(c)

Pendaftar Persatuan Nelayan di bawah Akta Persatuan

Nelayan 1971 [Akta 44]; dan

(d)

Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Akta Pertubuhan

Peladang 1973 [Akta 109],

(selepas ini dalam seksyen ini, orang yang disebut dalam perenggan (b), (c) dan (d) secara kolektif disebut sebagai

“pemindah”) yang berhubungan dengan koperasi dan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan dan diletak hak pada Suruhanjaya tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahakan atau pemindahan hak milik.

(2)

Tiap-tiap kuasa, fungsi dan tugas pemindah hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan dan diletakhakkan pada

Suruhanjaya.

(3)

Tiap-tiap harta yang diletak hak menurut kuasa subseksyen (1)

pada Suruhanjaya hendaklah juga diletakhakkan pada Suruhanjaya sama seperti hakmilik, estet atau kepentingan dan mengikut tempoh milikan sebagaimana harta tersebut diletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan.

(4)

Tiap-tiap hak dalam tindakan, hak atau liabiliti yang diletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Suruhanjaya, Kerajaan Malaysia atau pemindah untuk memberikan notis—

(a)

kepada orang yang terikat oleh hak dalam tindakan mengenai; atau

(b)

kepada orang yang hak atau liabilitinya terjejas oleh, peletakhakan yang dilaksanakan di bawah subseksyen (1).

14

Undang-Undang Malaysia

(5)

Mana-mana prosiding perundangan yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia atau pemindah berkaitan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan atau diletak hak pada Suruhanjaya menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap

Suruhanjaya:

Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam subseksyen 61(1) boleh terpakai bagi penzahiran oleh Suruhanjaya mengenai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat, apa-apa dokumen lain, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal

Suruhanjaya kepada

Kerajaan

Malaysia berhubung dengan subseksyen ini.

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang timbul daripada mana-mana pinjaman yang diletak hak pada Suruhanjaya pada tarikh peletakhakan, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan mengenai hak atau liabiliti itu dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang lain.

(7)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, mana-mana perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan dan diletak hak pada

Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan Malaysia atau pemindah menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak hak dan liabiliti itu di bawah perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh diserah hak oleh

Kerajaan Malaysia atau pemindah hendaklah mempunyai kesan seolah-olah Suruhanjaya telah menjadi pihak dalam apa-apa perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain itu.

Meterai perbadanan