Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Imuniti
(a)
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri;
(b)
Suruhanjaya;
(c)
mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja mana-mana
Kerajaan atau Suruhanjaya, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya; atau
(d)
mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak
Kerajaan, Suruhanjaya, pegawai atau pekerja, sama ada secara peribadi atau atas sifat orang yang melakukan bagi pihak tersebut, bagi atau mengenai, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau berupa dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat atau dilakukan, menurut atau dalam melaksanakan Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya, atau mana-mana perintah bertulis, arahan, notis atau apa-apa jua perkara lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya:
Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
(2)
Bagi maksud seksyen ini–
(a)
mana-mana anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan Negeri hendaklah dianggap sebagai seorang pegawai Kerajaan itu masing-masing; dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 61
(b)
Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua
Pegawai
Eksekutif, pengarah, anggota jawatankuasa
Suruhanjaya, pegawai, pekerja atau mana-mana orang yang dilantik oleh
Suruhanjaya menurut seksyen 9, subseksyen 8(2) dan 10(2) dan perenggan 69A(2)(a)
Akta Koperasi 1993 dan mana-mana pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 Akta Koperasi 1993, hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Suruhanjaya.
(3)
Dalam subseksyen (2), “anggota pentadbiran” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Perkara 160(2)
Perlembagaan Persekutuan.
Pemeliharaan kerahsiaan