Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Koperasi Malaysia”
boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.
(3)
Meterai perbadanan hendaklah digunakan dengan kebenaran
Lembaga dan tiap-tiap surat cara yang meterai perbadanan itu dicapkan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana pengarah dan hendaklah ditandatangani balas oleh setiausaha atau seorang pengarah kedua atau oleh beberapa orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah:
Dengan syarat bahawa mana-mana dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidaklah dikehendaki untuk dimeterai, boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Suruhanjaya, dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak
Suruhanjaya oleh mana-mana pegawai atau pekerja Suruhanjaya yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi pihaknya.
(4)
Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan setiausaha atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Lembaga.
(5)
Meterai perbadanan
Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Kuasa untuk melantik Wakil