Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Kuasa untuk menubuhkan pejabat dan subsidiari dan melantik ejen
(2)
Suruhanjaya boleh menubuhkan, di dalam Malaysia, suatu subsidiari tertakluk pada kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
Menteri, dan jika Menteri memperuntukkan terma dan syarat dalam kelulusan itu, subsidiari itu hendaklah mempunyai imuniti
Suruhanjaya sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60 bagi menjalankan kuasa, tugas atau fungsi bagi pihak
Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya boleh melantik dan menggaji ejen bagi mengurus, mentadbir, menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dibuat dalam melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan dengan baik maksud
Akta ini, Akta Koperasi 1993 dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya.
Pelantikan orang selain pegawai atau pekerja