Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Apabila suatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan telah dikemukakan mengikut seksyen 13, Ketua Pengarah—
(a)
hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa
Penasihat bagi mendapatkan syornya;
(b)
hendaklah merujuk permohonan itu kepada mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan yang berkaitan tentang perkara khusus; dan
(c)
tertakluk kepada seksyen 59, hendaklah bagi maksud pendedahan umum, mengundang penyertaan orang ramai, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang permohonan itu.
Jawatankuasa Penasihat hendaklah membuat syor tentang permohonan bagi mendapatkan kelulusan