PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2007/678
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA BIOKESELAMATAN 2007 is Malaysia Act, cited as Act 678 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Akta hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang lain
Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang disebut dalam subseksyen (1) peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktiviti pelepasan” ertinya apa-apa pengenalan dengan sengaja organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian ke dalam alam sekitar melalui aktiviti atau bagi maksud yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“bioteknologi moden” ertinya pemakaian—
teknik asid nukleik in vitro, termasuk asid deoksiribonukleik (DNA) rekombinan dan suntikan langsung asid nukleik ke dalam sel atau organel; atau
percantuman sel di luar famili taksonomik, yang mengatasi pembiakan fisiologi semula jadi atau halangan rekombinasi dan yang bukan teknik yang digunakan dalam pembiakan baka secara tradisional dan pemilihan;
Biokeselamatan 9
“hasilan organisma sedemikian” ertinya apa-apa hasilan yang diperoleh daripada organisma diubah suai yang hidup atau sebahagian daripada organisma diubah suai yang hidup—
jika hasilan itu mengandungi asid deoksiribonukleik
(DNA) rekombinan boleh kesan; atau
jika profil, ciri atau sifat hasilan itu adalah atau tidak lagi bersamaan dengan hasilan yang lazim tanpa mengira kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) rekombinan itu;
“Jawatankuasa
Penasihat”
ertinya
Jawatankuasa
Penasihat
Pengubahsuaian Genetik yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“juruanalisis” ertinya seseorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 55;
“kegunaan terkawal” ertinya apa-apa operasi termasuk penyelidikan dan pembangunan, operasi pengeluaran atau pengilangan yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup, atau penyimpanan organisma diubah suai yang hidup, yang dijalankan dalam sesuatu struktur kemudahan, pemasangan atau struktur fizikal lain sehingga ia menghalang sentuhan dan kesan organisma diubah suai yang hidup kepada alam sekitar luaran;
“kelulusan” ertinya kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 16(3);
“kepelbagaian biologi” ertinya keragaman antara organisma hidup daripada segala sumber termasuk, antara lain, daratan, lautan dan ekosistem akuatik lain dan kompleks ekologi yang mereka adalah sebahagian; dan termasuklah kepelbagaian dalam spesies, antara spesies dan ekosistem;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 8(1);
“Lembaga” ertinya Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar;
“orang yang diluluskan” ertinya—
seseorang yang kepadanya suatu kelulusan telah diberikan di bawah Bahagian III; atau
seseorang yang kepadanya suatu pengakuterimaan penerimaan apabila pengemukaan pemberitahuan di bawah
Bahagian IV telah dikeluarkan;
“organisma diubah suai yang hidup” ertinya mana-mana organisma hidup yang memiliki kombinasi baru bahan genetik yang diperoleh melalui penggunaan bioteknologi moden;
“organisma hidup” ertinya mana-mana entiti biologi yang boleh memindahkan atau mereplikakan bahan genetik, termasuk organisma, virus dan viroid steril;
“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah subseksyen 8(1) dan termasuklah seseorang pegawai yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah perenggan 38(c);
“penduduk” ertinya seseorang yang menduduki dengan sebenarnya atau yang bertanggungjawab bagi, mengurus atau mengawal—
berhubung dengan premis yang bahagian yang berlainan diduduki oleh orang yang berlainan, masing-masing orang yang menduduki atau mengawal setiap bahagian;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(a);
“premis” termasuklah rumah, bangunan, tanah, tenemen, isemen mana-mana pemegangan, sama ada terbuka atau tertutup, sama ada
Biokeselamatan 11
dibina di atasnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggarakan atau tidak di bawah pihak berkuasa berkanun dan apa-apa jentera, loji, vesel, pesawat udara atau kenderaan lain.
Bahagian II
Penubuhan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang hendaklah menjadi Pengerusi;
seorang wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
seorang wakil daripada Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; dan
tidak lebih daripada empat orang lain yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman atau kedua-duanya dalam
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
mana-mana disiplin atau perkara yang berkaitan dengan
Akta ini.
Ketua Pengarah hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga dan hendaklah menjalankan tugas sebagaimana yang dikenakan oleh
Lembaga.
untuk membuat keputusan tentang semua permohonan dan perkara di bawah Bahagian III dan Bahagian IV;
untuk memantau aktiviti yang berhubungan dengan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian;
untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan biokeselamatan;
untuk menubuhkan mekanisme untuk memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran data yang berhubungan dengan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dan biokeselamatan; dan
jika diarahkan sedemikian oleh
Menteri, untuk melaksanakan atau mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan obligasi yang berbangkit daripada perjanjian, konvensyen, atau triti yang berhubungan dengan biokeselamatan yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak jika perjanjian, kovensyen atau triti itu berkaitan dengan maksud Akta ini.
Biokeselamatan 13
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa perkara yang difikirkan patut oleh
Lembaga untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik
Fungsi Jawatankuasa Penasihat adalah untuk memberikan nasihat saintifik, teknikal dan nasihat berkaitan yang lain kepada
Menteri atau Lembaga.
Apa-apa bilangan anggota lain Jawatankuasa Penasihat, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, hendaklah dilantik oleh
Lembaga.
Anggota Jawatankuasa Penasihat hendaklah terdiri daripada pakar daripada pelbagai disiplin berasaskan sains dan disiplin berkaitan yang lain.
Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penasihat hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan masing-masing dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pelantikan pengerusi Jawatankuasa Penasihat boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri dan pelantikan mana-mana anggota
Jawatankuasa Penasihat boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh
Lembaga, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri dan seseorang anggota Jawatankuasa Penasihat boleh
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui notis bertulis yang ditujukan kepada Lembaga.
Jika pengerusi Jawatankuasa Penasihat tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat, anggota yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Jawatankuasa Penasihat boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang diundang itu tidak berhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.
Tertakluk kepada subseksyen (9) dan (10), Jawatankuasa
Penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penasihat dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat
Jawatankuasa Penasihat boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain berkaitan dengan kerja jawatankuasa itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am kepada Jawatankuasa Penasihat di bawah seksyen 10,
Jawatankuasa
Penasihat hendaklah bertanggungjawab kepada
Lembaga.
Lembaga dan Jawatankuasa Penasihat boleh menubuhkan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil
Lembaga dan Jawatankuasa Penasihat boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota jawatankuasa atau jawatankuasa kecil, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa atau jawatankuasa kecil bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang diundang itu tidak berhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain berkaitan dengan kerja jawatankuasa atau jawatankuasa kecil itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga atau pengerusi Jawatankuasa Penasihat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Sesuatu jawatankuasa dan jawatankuasa kecil hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa atau jawatankuasa kecil itu oleh
Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam melaksanakan fungsi mereka.
Pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai lain
Biokeselamatan 15
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
Pewakilan fungsi Lembaga
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Lembaga daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang diwakilkan itu.
Biokeselamatan 17
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh memberikan arahan am kepada Lembaga dan
Jawatankuasa Penasihat yang selaras dengan Akta ini, dan Lembaga dan Jawatankuasa Penasihat hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan arahan sedemikian.
Bahagian III
Pemakaian Bahagian III
Walau apa pun subseksyen (1), Bahagian ini tidak terpakai bagi pengimportan organisma diubah suai yang hidup yang diniatkan bagi maksud menjalankan suatu aktiviti kegunaan terkawal.
Kehendak bagi mendapatkan kelulusan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Permohonan bagi mendapatkan kelulusan
suatu laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 36;
suatu pelan gerak balas kecemasan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 37; dan
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon supaya memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah.
Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonannya atau permohonan pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat.
Biokeselamatan 19
Ketua Pengarah hendaklah merujuk permohonan kepada
Jawatankuasa Penasihat, dsb.
Apabila suatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan telah dikemukakan mengikut seksyen 13, Ketua Pengarah—
hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa
Penasihat bagi mendapatkan syornya;
hendaklah merujuk permohonan itu kepada mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan yang berkaitan tentang perkara khusus; dan
tertakluk kepada seksyen 59, hendaklah bagi maksud pendedahan umum, mengundang penyertaan orang ramai, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang permohonan itu.
Jawatankuasa Penasihat hendaklah membuat syor tentang permohonan bagi mendapatkan kelulusan
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu,
Jawatankuasa Penasihat boleh meminta maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan daripada pemohon melalui Ketua Pengarah.
Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah, apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonannya atau permohonan pertubuhan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat.
Sebaik sahaja
Jawatankuasa
Penasihat menyiapkan penilaiannya ke atas permohonan itu, Jawatankuasa Penasihat hendaklah mengemukakan syornya tentang permohonan itu kepada
Lembaga.
Kelulusan bagi pelepasan dan import
Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), permohonannya atau permohonan pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat.
Setelah mempertimbangkan syor Jawatankuasa Penasihat, ulasan jabatan atau agensi yang berkaitan yang disebut dalam perenggan 14(b), pandangan orang ramai, jika ada, yang disebut dalam perenggan 14(c), dan mana-mana maklumat, butir atau dokumen tambahan yang diberikan menurut permintaan di bawah subseksyen
, Lembaga boleh meluluskan permohonan itu dengan mengeluarkan suatu perakuan kelulusan atau menolak permohonan itu.
Jika Lembaga memberikan kelulusan, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Orang yang diluluskan boleh memohon kepada Lembaga bagi mengubah mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu.
Biokeselamatan 21
Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas kelulusan diberikan, menghendaki orang yang diluluskan itu supaya memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen selanjutnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu atau gagal untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Kelulusan adalah sah bagi pelepasan dan import yang berikutnya
Peruntukan subseksyen (1) tidak sama sekali membebaskan orang yang diluluskan itu daripada mematuhi undang-undang bertulis
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
lain yang mengawal organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama.
Dalam seksyen ini, “organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama” ertinya organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang diperihalkan dalam kelulusan dan melibatkan kejadian transformasi yang sama.
Kajian semula kelulusan apabila mendapat maklumat baru
Jika, apabila mengkaji semula kelulusan, Lembaga berpuas hati bahawa terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi, Lembaga boleh mengambil mana-mana tindakan yang berikut:
membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga demi kepentingan biokeselamatan.
Jika Lembaga membatalkan sesuatu kelulusan, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh
Biokeselamatan 23
pemberitahuan pembatalan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan kepada Lembaga.
Jika Lembaga membuat perintah pemberhentian sementara, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan
Lembaga hendaklah mengendorskan hakikat dan tempoh pemberhentian sementara itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.
Jika Lembaga mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberitahuan pengenaan terma dan syarat tambahan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mengendorskan terma dan syarat tambahan itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Hal keadaan yang Lembaga boleh membuat perintah selanjutnya apabila diluluskan
jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi;
jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu;
jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga;
jika orang yang diluluskan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada atau tidak pendakwaan telah dimulakan terhadapnya; atau
jika orang yang diluluskan itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Jika Lembaga membatalkan sesuatu kelulusan, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan pembatalan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga.
Jika Lembaga membuat suatu perintah pemberhentian sementara, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua
Biokeselamatan 25
aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan
Lembaga hendaklah mengendorskan hakikat dan tempoh pemberhentian sementara itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.
Jika Lembaga mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberitahuan pengenaan terma dan syarat tambahan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan
Lembaga hendaklah mengendorskan terma dan syarat tambahan itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.
Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Rayuan kepada Menteri yang berhubungan dengan kelulusan
Menteri hendaklah mempunyai kuasa untuk mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan atau tindakan Lembaga.
Bahagian IV
IMPORT BAGI KEGUNAAN TERKAWAL
Pemakaian Bahagian IV
Bahagian IV hendaklah terpakai bagi aktiviti pengeksportan dan kegunaan terkawal yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan pengimportan organisma diubah suai yang hidup bagi maksud menjalankan aktiviti kegunaan terkawal.
Kehendak bagi pemberitahuan
pengimportan organisma diubah suai yang hidup bagi maksud menjalankan suatu aktiviti kegunaan terkawal.
Biokeselamatan 27
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pematuhan kehendak negara pengimport
Maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah merupakan pemberitahuan yang mencukupi bagi maksud perenggan 22(1)(a).
Pematuhan subseksyen (1) tidak sama sekali membebaskan orang itu daripada mematuhi undang-undang bertulis lain yang mengawal eksport dan perdagangan asing.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Pengemukaan pemberitahuan
Pemberitahuan yang dikehendaki di bawah perenggan 22(1)(b)
dan (c) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan berserta dengan fi yang ditetapkan dan disertakan dengan dokumen yang berikut:
suatu pelan gerak balas kecemasan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 37;
berhubung dengan suatu aktiviti kegunaan terkawal yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup, langkah-langkah khusus yang hendaklah diambil; dan
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan oleh
Lembaga.
Pengakuterimaan pengemukaan pemberitahuan oleh Ketua
Pengarah
Ketua
Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu pengakuterimaan penerimaan pemberitahuan yang dikemukakan di bawah subseksyen 23(1) dan seksyen 24 dan orang yang kepadanya pengakuterimaan itu dikeluarkan boleh menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan pemberitahuan itu dan boleh terus menjalankan aktiviti itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat oleh
Lembaga di bawah subseksyen 30(3).
Pengakuterimaan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
tidak sama sekali membebaskan orang itu daripada mematuhi undang-undang bertulis lain yang mengawal organisma diubah suai yang hidup dan pengimportannya.
Biokeselamatan 29
Langkah-langkah khusus yang hendaklah diambil dalam kegunaan terkawal
Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Ketua Pengarah boleh menghendaki maklumat tambahan
Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), pengakuterimaan yang dikeluarkan kepadanya atau kepada pertubuhan perbadanan itu di bawah seksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dikemukakan.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Ketua Pengarah hendaklah merujuk pemberitahuan kepada
Jawatankuasa Penasihat dan agensi yang berkaitan
Apabila suatu pemberitahuan diaku terima dengan sewajarnya mengikut seksyen 25, Ketua Pengarah hendaklah merujuk pemberitahuan itu kepada Jawatankuasa Penasihat dan mana-mana agensi Kerajaan yang berkaitan tentang perkara khusus.
Jawatankuasa Penasihat hendaklah membuat syor tentang pemberitahuan
Pada bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan itu,
Jawatankuasa Penasihat boleh meminta maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan melalui Ketua Pengarah.
Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), pengakuterimaan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan pemberitahuan yang baru dikemukakan.
Apabila membuat suatu penilaian terhadap pemberitahuan itu,
Jawatankuasa Penasihat hendaklah mengemukakan syornya tentang pemberitahuan itu kepada Lembaga.
Lembaga hendaklah membuat perintah yang sesuai tentang pemberitahuan
Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), pengakuterimaan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan pemberitahuan yang baru dikemukakan.
Apabila mempertimbangkan syor Jawatankuasa Penasihat di bawah subseksyen 29(4), Lembaga boleh tidak membuat perintah, mengeluarkan perintah pemberhentian, mengenakan apa-apa terma dan syarat, memerintahkan orang yang diluluskan itu supaya membuat pembetulan atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga demi kepentingan biokeselamatan.
Lembaga hendaklah membuat keputusannya di bawah subseksyen 30(3) dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu dan memberitahu keputusannya secara bertulis kepada orang yang diluluskan.
Jika Lembaga mengeluarkan suatu perintah pemberhentian, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan penerimaan pemberitahuan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 kepada Lembaga.
Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (3) atau melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Lembaga boleh menghendaki maklumat tambahan
Mana-mana orang yang diluluskan yang gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Biokeselamatan 33
Kajian semula pemberitahuan apabila mendapat maklumat baru
Apabila mengkaji semula, jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi, Lembaga boleh mengambil mana-mana tindakan yang berikut:
membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga demi kepentingan biokeselamatan.
Jika Lembaga membuat perintah pemberhentian, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan pengemukaan pemberitahuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 25 kepada
Lembaga.
Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Hal keadaan yang Lembaga boleh membuat perintah selanjutnya tentang pemberitahuan
jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi;
jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas pemberitahuan itu;
jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga;
jika orang yang diluluskan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sama ada atau tidak pendakwaan telah dimulakan terhadapnya; atau
Biokeselamatan 35
jika orang yang diluluskan itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Jika Lembaga membuat suatu perintah pemberhentian, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan pengemukaan pemberitahuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 25 kepada
Lembaga.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Rayuan kepada
Menteri yang berhubungan dengan pemberitahuan
Menteri hendaklah mempunyai kuasa untuk mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Lembaga.
Pembuatan keputusan oleh Lembaga atau Menteri
Lembaga atau Menteri tidak boleh dihalang daripada membuat keputusan, yang sesuai, di bawah Bahagian III atau Bahagian IV, jika terdapat kekurangan kepastian saintifik disebabkan oleh maklumat dan pengetahuan saintifik yang berkaitan tidak mencukupi berkenaan dengan takat kesan buruk yang berpotensi bagi organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian terhadap kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi dan boleh juga mengambil kira pertimbangan sosioekonomi.
Bahagian V
PELAN GERAK BALAS KECEMASAN
Laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko
suatu penilaian risiko dan kesan buruk yang organisma diubah suai yang hidup itu dan hasilan organisma sedemikian yang akan ada atau berkemungkinan ada ke atas kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi; dan
langkah-langkah yang dicadangkan yang hendaklah diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal risiko dan kesan buruk yang organisma diubah suai yang hidup itu dan hasilan organisma sedemikian yang akan ada atau berkemungkinan ada ke atas kesihatan manusia,
Biokeselamatan 37
tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.
Walau apa pun apa-apa laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko yang dikemukakan oleh seseorang orang yang diluluskan, orang yang diluluskan itu hendaklah mematuhi langkah-langkah pengurusan risiko yang minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, selepas berunding dengan Jawatankuasa
Penasihat.
Apabila kelulusan atau pengakuterimaan didapati daripada
Lembaga, orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam menjalankan aktiviti pelepasan, pengimportan atau kegunaan terkawal yang berhubungan dengan kelulusan atau pengakuterimaan, mengikut mana-mana yang berkenaan,—
memasukkan ke dalam reka bentuk, pembinaan dan operasi, mengikut mana-mana yang terpakai, aktiviti pelepasan, import atau kegunaan terkawal langkah-langkah yang dicadangkan dalam laporan pengurusan risiko orang yang diluluskan itu; dan
menjalankan dan mematuhi, dengan memuaskan hati
Lembaga, langkah-langkah pengurusan risiko yang minimum yang disebut dalam subseksyen (2).
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pelan gerak balas kecemasan
langkah-langkah dan tatacara keselamatan bagi perlindungan kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi terhadap kecederaan atau kerosakan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian; dan
Mana-mana orang yang diluluskan yang gagal mengambil langkah-langkah perlu dalam sesuatu kecemasan mengikut pelan gerak balas kecemasan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Biokeselamatan 39
Bahagian VI
Pegawai penguat kuasa
Pegawai yang berikut bolehlah menjalankan kuasa di bawah
Bahagian ini:
mana-mana pegawai lain Lembaga atau mana-mana pegawai awam lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Lembaga.
Kuasa penyiasatan
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya, dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga supaya dibawa oleh pegawai itu.
Dalam mana-mana kes yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593].
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai mengehadkan atau menyentuh mana-mana kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Penggeledahan dengan waran
menggeledah dan menyita mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelanggaran Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
mengambil sampel mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan menguji atau selainnya, sama ada mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan; dan
Biokeselamatan 41
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, data berkomputer atau benda termasuk dalam bentuk digital, atau membuat salinan sandar data berkomputer atau benda termasuk dalam bentuk digital, bagi maksud penyiasatan.
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk memindahkan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang disita di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara yang munasabah, mengelak organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital dalam premis itu atau bekas yang organisma atau hasilan organisma sedemikian yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, dijumpai.
Adalah menjadi suatu kesalahan jika mana-mana orang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (2) atau memindahkan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
mana-mana orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang ternyata padanya perlu.
Mana-mana pegawai penguat kuasa boleh pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis dan masuk ke dalam premis itu;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan
menahan tiap-tiap orang yang ditemui dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah.
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, pada menjalankan kuasa di bawah seksyen ini, seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah juga mempunyai kuasa untuk memberhentikan, menaiki atau menahan mana-mana vesel, pesawat udara atau kenderaan lain.
Penggeledahan tanpa waran
Jika mana-mana pegawai penguat kuasa dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam subseksyen 40(1) mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penguat kuasa itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang diperuntukkan dalam seksyen 40 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa
Biokeselamatan 43
untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Akses kepada data berkomputer
Mana-mana pegawai penguat kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 40 atau 41 hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang distorkan dalam suatu komputer atau selainnya, dan bagi maksud itu, hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.
Senarai benda yang disita
Penduduk premis yang digeledah, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah dalam tiap-tiap keadaan dibenarkan untuk hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penduduk atau orang itu atas permintaannya.
Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan suatu senarai organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Kuasa untuk mengelak premis
Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 40 atau 41, seseorang pegawai penguat kuasa boleh mengelak mana-mana premis buat sementara waktu.
Pelucuthakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, dsb.
Suatu perintah bagi pelucuthakan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang dihadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa organisma atau hasilan yang disyaki tersebut merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Biokeselamatan 45
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, suatu notis hendaklah disampaikan ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya organisma atau hasilan yang disyaki tersebut merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital telah disita.
Notis yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah menunjukkan bahawa—
tidak ada pendakwaan berkenaan dengan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital; dan
organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalender dari tarikh penyampaian notis itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa organisma atau hasilan yang disyaki itu merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa yang dalam milikannya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, dipegang bahawa dia menuntut organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital.
Apabila diterima notis di bawah subseksyen (5), pegawai penguat kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang
Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusannya.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital dan orang yang daripadanya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau mereka ingkar untuk hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila terbukti bahawa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau
Biokeselamatan 47
hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital kepada orang yang berhak kepadanya.
Jika suatu perintah pelucuthakan dibuat oleh mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (7) atau jika tiada tuntutan dibuat di bawah subseksyen (5), pegawai penguat kuasa hendaklah melupuskan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan apa-apa kos yang dilakukan bagi pelupusan itu hendaklah ditanggung oleh pemunya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital.
Jika mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau yang mengikut tabiinya lekas rosak atau jika penjagaan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah atau membahayakan orang ramai, pegawai penguat kuasa boleh melupuskan organisma atau hasilan yang disyaki
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan apa-apa kos yang dilakukan bagi pelupusan itu hendaklah ditanggung oleh pemunya itu.
Mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta Kerajaan Persekutuan.
Ketua Pengarah atau seseorang pegawai penguat kuasa yang bertindak dengan suci hati pada menjalankan kuasa di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, susut nilai atau kerosakan, walau apa pun sebabnya, dalam kualiti mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital yang disita di bawah Akta ini.
Kos memegang organisma, dsb., yang disita
Jika mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan
Persekutuan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kos bagi memegang organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digitalnya, dalam jagaan hendaklah didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan daripada pemunya itu.
Biokeselamatan 49
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada kemasukan, penggeledahan atau penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, berkenaan dengan mana-mana kemasukan atau penggeledahan, atau penyitaan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, berhak kepada kos kemasukan, penggeledahan, atau penyitaan itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika kemasukan, penggeledahan atau penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Halangan terhadap pegawai penguat kuasa
Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu, atau enggan memberi akses kepada mana-mana premis kepada, seseorang pegawai penguat kuasa dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—
pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan
dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah berpendapat patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar
Biokeselamatan 51
kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh
Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa sesuatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu perbarisan cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j)
Akta Keterangan 1950.
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Kuasa untuk menghendaki pengemukaan benda yang berhubung dengan kesalahan
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menahan apa-apa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas,
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1) bagi maksud penyiasatan.
Peruntukan tentang pelucuthakan dalam seksyen 45 hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang ditahan di bawah subseksyen (2).
Mana-mana orang yang gagal mengemukakan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berhubung dengan kesalahan
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan mana-mana orang untuk memeriksa mana-mana organisma atau
Biokeselamatan 53
hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita atau ditahan di bawah Akta ini, jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Kuasa
Lembaga untuk menghendaki maklumat tentang organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian
Mana-mana orang yang gagal memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan mana-mana organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Kuasa untuk mengambil sampel
apabila dibayar, daripada mana-mana orang yang menjual organisma atau hasilan sedemikian, atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmat pertubuhan perbadanan itu; atau
tanpa bayaran, daripada mana-mana pengilang atau pengimport organisma atau hasilan sedemikian atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmat pertubuhan perbadanan itu.
Sampel yang diminta, dipilih, diambil atau didapatkan di bawah subseksyen (1) hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah.
Mana-mana orang yang enggan mematuhi mana-mana permintaan yang dibuat oleh seseorang pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal
Biokeselamatan 55
kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Tatacara bagi pengambilan sampel
Tatacara bagi mengambil dan berurusan dengan sampel itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
Pelantikan juruanalisis
Lembaga boleh melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi juruanalisis bagi maksud menjalankan suatu analisis di bawah Akta ini.
Perakuan analisis
Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan sebagai keterangan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Anggapan
Jika keterangan atau sesuatu perakuan analisis diberikan oleh seseorang juruanalisis yang menyatakan bahawa organisma atau hasilan dalam apa jua bentuk yang dikemukakan di hadapan mahkamah merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, mahkamah hendaklah menganggap bahawa organisma atau hasilan sedemikian ialah organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Bahagian VII
Maklumat perniagaan yang rahsia
Ketua Pengarah boleh membenarkan kerahsiaan berdasarkan kriteria dalam subseksyen (3) dan jika kerahsiaan dibenarkan maklumat itu tidak boleh diumumkan.
Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan tuntutan bagi kerahsiaan mengikut kriteria yang berikut:
bahawa maklumat itu tidak diketahui pada umumnya di kalangan, atau boleh diakses dengan mudah oleh, mana-mana orang dalam lingkungan itu yang biasanya berurusan dengan jenis maklumat yang hendak dijadikan rahsia;
bahawa maklumat itu mempunyai nilai perdagangan disebabkan ia ialah rahsia; dan
bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk merahsiakan maklumat itu.
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan—
tiada anggota Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;
tiada seorang pun yang menghadiri mana-mana mesyuarat
Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 8(1)
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya yang baginya kerahsiaan telah diberikan di bawah subseksyen (3).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
Pendedahan umum
Apa-apa keputusan yang dibuat di bawah Bahagian III dan
Bahagian IV hendaklah boleh didapati oleh orang ramai mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Pengenalpastian dan pelabelan
Semua organisma diubah suai yang hidup, butiran yang mengandungi organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian hendaklah dikenal pasti dan dilabelkan dengan jelas mengikut cara yang hendaklah ditetapkan dan kehendak bagi pengenalpastian dan pelabelan itu adalah sebagai tambahan kepada mana-mana undang-undang bertulis lain.
Biokeselamatan 59
Bantuan daripada berbilang agensi semasa kecemasan
Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan yang melibatkan mana-mana organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, Ketua Pengarah boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama agensi yang berkaitan dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan termasuk langkah-langkah yang diperuntukkan dalam pelan gerak balas kecemasan.
Apa-apa kos yang dilakukan oleh mana-mana agensi dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan hendaklah ditangggung oleh orang yang diluluskan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membebaskan atau disifatkan membebaskan orang yang diluluskan daripada mana-mana obligasinya atau obligasi pertubuhan perbadanan untuk mengambil segala langkah yang perlu sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.
Penyampaian notis
dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, ke alamat pejabat berdaftar syarikat itu;
dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar
Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
untuk menerima penyampaian proses di bawah *Akta
Syarikat 1965 [Akta 125], atau ke alamat yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana-mana jua ia terletak; atau
dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, ke alamat perniagaan atau persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui.
Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar Akuan Terima yang mengandungi apa-apa notis yang diberikan di bawah Akta ini diberitahu hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar Akuan Terima yang sedang menunggunya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau abai mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan padanya pada tarikh dia diberitahu sedemikian.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya itu dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]— lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Biokeselamatan 61
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya;
dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu; dan
boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang terpakai bagi seseorang individu.
Kesalahan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmat
Mana-mana orang yang sepatutnya dikenakan mana-mana penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan—
bahawa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Kuasa untuk mengkompaun
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh
Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Apa-apa wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Pemalsuan, penyembunyian dan pemusnahan dokumen
Mana-mana orang, dengan niat untuk memperdaya, berkenaan dengan sesuatu dokumen yang kena ditunjukkan atau dikemukakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, yang membuat atau
Biokeselamatan 63
menyebabkan supaya dibuat suatu catatan palsu, meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan supaya ditinggalkan, apa-apa catatan, atau mengubah, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan supaya diubah, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, memalsukan sesuatu dokumen, atau menggunakan atau memegang dalam milikannya suatu dokumen palsu, yang berupa sebagai dokumen yang sah, mengubah apa-apa catatan yang dibuat dalam apa-apa dokumen, atau mengeluarkan atau menggunakan suatu dokumen yang palsu atau tidak betul, secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Kuasa Menteri untuk membuat pengecualian
Menteri boleh, atas syor Lembaga, mengecualikan daripada pemakaian mana-mana atau semua peruntukan Akta ini mana-mana orang, golongan orang, aktiviti, kategori aktiviti, organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi yang berikut:
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
cara yang hendaklah diikuti dan maklumat, termasuk kaedah pengesanan dan sampel yang hendaklah diberikan dalam suatu permohonan bagi suatu kelulusan di bawah seksyen 13;
cara yang hendaklah diikuti, maklumat dan laporan yang hendaklah diberikan dalam mengemukakan sesuatu pemberitahuan di bawah subseksyen 22(1);
laporan penilaian risiko dan laporan pengurusan risiko termasuk laporan berkala oleh orang yang diluluskan tentang pemantauan dan penaksiran risiko;
aktiviti kegunaan terkawal bagi mana-mana penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh institut pelatih dan penyelidikan awam;
pengenalpastian dan pelabelan organisma diubah suai yang hidup, butiran yang mengandungi organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian;
apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual kepada Akta ini.
Peruntukan peralihan
Apabila diterima permohonan bagi kelulusan atau pengemukaan pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Ketua
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu pengakuterimaan penerimaan kepada orang itu.
Sementara menunggu penentuan permohonan atau pemberitahuan mengikut Bahagian III atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu boleh terus menjalankan aktiviti itu.
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 4(3)]
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN LEMBAGA
Anggota silih ganti
1. (1)
Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Lembaga selain
Pengerusi dan anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(h), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga yang anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.
Tempoh jawatan
2. (1)
Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga selain Pengerusi hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan keanggotaannya atau mengosongkan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi seorang
Biokeselamatan 67
anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia merupakan silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.
Pembatalan dan peletakan jawatan
3. (1)
Pelantikan mana-mana anggota Lembaga selain Pengerusi boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota Lembaga selain Pengerusi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
4. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda)
selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Lembaga oleh sebab mana-mana peruntukan subperenggan (1), seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikan tempatnya.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
5.
(1)
Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan
Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.
Sehingga suatu pelantikan di bawah subperenggan (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, anggota yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.
Seseorang anggota yang dilantik di bawah subperenggan (1)
atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh yang dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.
Mesyuarat
6. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam bulan sekali pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(2)
Sekurang-kurangnya empat belas hari notis secara bertulis mengenai sesuatu mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Lembaga.
Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi.
Jika mengenai sesuatu persoalan untuk diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Biokeselamatan 69
Pengerusi dan empat orang anggota lain yang hadir pada mesyuarat
Lembaga hendaklah membentuk suatu kuorum.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat hendaklah hadir pada mesyuarat
Lembaga
7.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat atau wakilnya hendaklah hadir pada tiap-tiap mesyuarat Lembaga, tetapi kehadirannya tidaklah membentuk suatu kuorum bagi mesyuarat itu dan dia tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Jika pengerusi Jawatankuasa Penasihat atau wakilnya menghadiri mesyuarat Lembaga dia hendaklah dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
8. (1)
Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Penzahiran kepentingan
9.
Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan anggota itu tidak boleh hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan
Lembaga yang berhubungan dengan perkara itu.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Minit
10. (1) Setiausaha Lembaga hendaklah menyenggarakan minit semua mesyuarat Lembaga dalam bentuk yang sepatutnya.
Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Elaun
11. Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri
Kewangan.
Tatacara
12. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
Meterai perbadanan
13. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “National Biosafety Board” atau “Lembaga
Biokeselamatan Kebangsaan” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua
Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang diberi kuasa itu atau oleh
Biokeselamatan 71
mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, dan disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah, disifatkan telah disempurnakan dengan sah, sehingga dibuktikan sebaliknya.
Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh
Lembaga; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Kesahan perbuatan dan prosiding
14. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
ada pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga berkenaan dengan peruntukan perenggan 9; atau
(c)
ada peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Lembaga
15.
Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya secara berkesan.
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
JADUAL KEDUA
[Seksyen 3]
AKTIVITI PELEPASAN
1. Maksud penyelidikan dan pembangunan dalam semua uji kaji lapangan
2. Pembekalan atau tawaran untuk membekalkan bagi penjualan atau meletakkan dalam pasaran
3. Tawaran sebagai hadiah, hadiah kemenangan atau barang percuma
4. Pelupusan
5. Maksud pemulihan
6. Apa-apa aktiviti lain yang tidak terjumlah kepada kegunaan terkawal
JADUAL KETIGA
[Seksyen 38]
PEGAWAI PENGUAT KUASA
1. Mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada
Inspektor sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Polis 1967
[Akta 344]
2. Mana-mana Pegawai Pemeriksa Jabatan Pertanian sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
[Akta 167]
3. Mana-mana pegawai diberi kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Makanan 1983 [Akta 281]
4. Mana-mana pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235]
5. Mana-mana pegawai pelabuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70/1952]
Biokeselamatan 73
6. Mana-mana pegawai perikanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Perikanan 1985 [Akta 317]
7. Mana-mana pegawai diberi kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 dan dilantik di bawah seksyen 53 Akta Perlindungan Varieti
Baru Tumbuhan 2004 [Akta 634]
8. Mana-mana pihak berkuasa veterinar sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Binatang 1953 [Akta 647]
9. Mana-mana pegawai penguat kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
[Akta 728]
74
Akta 678
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 36/2019
Perintah Biokeselamatan
(Pindaan Jadual Pertama dan
Ketiga) 2019
16-02-2019
P.U. (A) 58/2019
Perintah Biokeselamatan
(Pindaan Jadual Pertama dan
Ketiga) 2019 - Pembetulan
75
Akta 678
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual Ketiga
P.U. (A) 36/2019 16-02-2019