Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), permohonannya atau permohonan pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat.
(3)
Setelah mempertimbangkan syor Jawatankuasa Penasihat, ulasan jabatan atau agensi yang berkaitan yang disebut dalam perenggan 14(b), pandangan orang ramai, jika ada, yang disebut dalam perenggan 14(c), dan mana-mana maklumat, butir atau dokumen tambahan yang diberikan menurut permintaan di bawah subseksyen
(1)
, Lembaga boleh meluluskan permohonan itu dengan mengeluarkan suatu perakuan kelulusan atau menolak permohonan itu.
(4)
Jika Lembaga memberikan kelulusan, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(5)
Orang yang diluluskan boleh memohon kepada Lembaga bagi mengubah mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu.
Biokeselamatan 21
(6)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas kelulusan diberikan, menghendaki orang yang diluluskan itu supaya memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen selanjutnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(7)
Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu atau gagal untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Kelulusan adalah sah bagi pelepasan dan import yang berikutnya