Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 18

(2)

Jika, apabila mengkaji semula kelulusan, Lembaga berpuas hati bahawa terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi, Lembaga boleh mengambil mana-mana tindakan yang berikut:

(a)

membatalkan kelulusan itu;

(b)

membuat perintah pemberhentian sementara;

(c)

mengenakan terma dan syarat tambahan;

(d)

memerintahkan orang yang diluluskan untuk membuat pembetulan; atau

(e)

membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga demi kepentingan biokeselamatan.

(3)

Jika Lembaga membatalkan sesuatu kelulusan, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh

Biokeselamatan 23

pemberitahuan pembatalan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan kepada Lembaga.

(4)

Jika Lembaga membuat perintah pemberhentian sementara, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan

Lembaga hendaklah mengendorskan hakikat dan tempoh pemberhentian sementara itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.

(5)

Jika Lembaga mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberitahuan pengenaan terma dan syarat tambahan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mengendorskan terma dan syarat tambahan itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

Hal keadaan yang Lembaga boleh membuat perintah selanjutnya apabila diluluskan