Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 22

Kehendak bagi pemberitahuan

(a)

pengeksportan organisma diubah suai yang hidup;

(b)

kegunaan terkawal yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup;

(c)

pengimportan organisma diubah suai yang hidup bagi maksud menjalankan suatu aktiviti kegunaan terkawal.

Biokeselamatan 27

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Pematuhan kehendak negara pengimport