Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 25

(1)

Ketua

Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu pengakuterimaan penerimaan pemberitahuan yang dikemukakan di bawah subseksyen 23(1) dan seksyen 24 dan orang yang kepadanya pengakuterimaan itu dikeluarkan boleh menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan pemberitahuan itu dan boleh terus menjalankan aktiviti itu tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat oleh

Lembaga di bawah subseksyen 30(3).

(2)

Pengakuterimaan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

tidak sama sekali membebaskan orang itu daripada mematuhi undang-undang bertulis lain yang mengawal organisma diubah suai yang hidup dan pengimportannya.

Biokeselamatan 29

Langkah-langkah khusus yang hendaklah diambil dalam kegunaan terkawal