Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 30

(2)

Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), pengakuterimaan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan pemberitahuan yang baru dikemukakan.

(3)

Apabila mempertimbangkan syor Jawatankuasa Penasihat di bawah subseksyen 29(4), Lembaga boleh tidak membuat perintah, mengeluarkan perintah pemberhentian, mengenakan apa-apa terma dan syarat, memerintahkan orang yang diluluskan itu supaya membuat pembetulan atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga demi kepentingan biokeselamatan.

(4)

Lembaga hendaklah membuat keputusannya di bawah subseksyen 30(3) dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu dan memberitahu keputusannya secara bertulis kepada orang yang diluluskan.

(5)

Jika Lembaga mengeluarkan suatu perintah pemberhentian, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan penerimaan pemberitahuan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 kepada Lembaga.

(6)

Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (3) atau melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Lembaga boleh menghendaki maklumat tambahan

Section 30 — BIOSAFETY ACT 2007 | mylaw.my