Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 31

(2)

Mana-mana orang yang diluluskan yang gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Biokeselamatan 33

Kajian semula pemberitahuan apabila mendapat maklumat baru