Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 33

(a)

jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi;

(b)

jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas pemberitahuan itu;

(c)

jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga;

(d)

jika orang yang diluluskan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sama ada atau tidak pendakwaan telah dimulakan terhadapnya; atau

Biokeselamatan 35

(e)

jika orang yang diluluskan itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Jika Lembaga membuat suatu perintah pemberhentian, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan pengemukaan pemberitahuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 25 kepada

Lembaga.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Rayuan kepada

Menteri yang berhubungan dengan pemberitahuan