Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
suatu penilaian risiko dan kesan buruk yang organisma diubah suai yang hidup itu dan hasilan organisma sedemikian yang akan ada atau berkemungkinan ada ke atas kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi; dan
(b)
langkah-langkah yang dicadangkan yang hendaklah diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal risiko dan kesan buruk yang organisma diubah suai yang hidup itu dan hasilan organisma sedemikian yang akan ada atau berkemungkinan ada ke atas kesihatan manusia,
Biokeselamatan 37
tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.
(2)
Walau apa pun apa-apa laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko yang dikemukakan oleh seseorang orang yang diluluskan, orang yang diluluskan itu hendaklah mematuhi langkah-langkah pengurusan risiko yang minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, selepas berunding dengan Jawatankuasa
Penasihat.
(3)
Apabila kelulusan atau pengakuterimaan didapati daripada
Lembaga, orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam menjalankan aktiviti pelepasan, pengimportan atau kegunaan terkawal yang berhubungan dengan kelulusan atau pengakuterimaan, mengikut mana-mana yang berkenaan,—
(a)
memasukkan ke dalam reka bentuk, pembinaan dan operasi, mengikut mana-mana yang terpakai, aktiviti pelepasan, import atau kegunaan terkawal langkah-langkah yang dicadangkan dalam laporan pengurusan risiko orang yang diluluskan itu; dan
(b)
menjalankan dan mematuhi, dengan memuaskan hati
Lembaga, langkah-langkah pengurusan risiko yang minimum yang disebut dalam subseksyen (2).
(4)
Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar subseksyen
(3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
(c)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pelan gerak balas kecemasan