Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 39

(2)

Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya, dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga supaya dibawa oleh pegawai itu.

(3)

Dalam mana-mana kes yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

(4)

Seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai mengehadkan atau menyentuh mana-mana kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Penggeledahan dengan waran