Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktiviti pelepasan” ertinya apa-apa pengenalan dengan sengaja organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian ke dalam alam sekitar melalui aktiviti atau bagi maksud yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“bioteknologi moden” ertinya pemakaian—
(a)
teknik asid nukleik in vitro, termasuk asid deoksiribonukleik (DNA) rekombinan dan suntikan langsung asid nukleik ke dalam sel atau organel; atau
(b)
percantuman sel di luar famili taksonomik, yang mengatasi pembiakan fisiologi semula jadi atau halangan rekombinasi dan yang bukan teknik yang digunakan dalam pembiakan baka secara tradisional dan pemilihan;
Biokeselamatan 9
“hasilan organisma sedemikian” ertinya apa-apa hasilan yang diperoleh daripada organisma diubah suai yang hidup atau sebahagian daripada organisma diubah suai yang hidup—
(a)
jika hasilan itu mengandungi asid deoksiribonukleik
(DNA) rekombinan boleh kesan; atau
(b)
jika profil, ciri atau sifat hasilan itu adalah atau tidak lagi bersamaan dengan hasilan yang lazim tanpa mengira kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) rekombinan itu;
“Jawatankuasa
Penasihat”
ertinya
Jawatankuasa
Penasihat
Pengubahsuaian Genetik yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“juruanalisis” ertinya seseorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 55;
“kegunaan terkawal” ertinya apa-apa operasi termasuk penyelidikan dan pembangunan, operasi pengeluaran atau pengilangan yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup, atau penyimpanan organisma diubah suai yang hidup, yang dijalankan dalam sesuatu struktur kemudahan, pemasangan atau struktur fizikal lain sehingga ia menghalang sentuhan dan kesan organisma diubah suai yang hidup kepada alam sekitar luaran;
“kelulusan” ertinya kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 16(3);
“kepelbagaian biologi” ertinya keragaman antara organisma hidup daripada segala sumber termasuk, antara lain, daratan, lautan dan ekosistem akuatik lain dan kompleks ekologi yang mereka adalah sebahagian; dan termasuklah kepelbagaian dalam spesies, antara spesies dan ekosistem;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 8(1);
“Lembaga” ertinya Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar;
“orang yang diluluskan” ertinya—
(a)
seseorang yang kepadanya suatu kelulusan telah diberikan di bawah Bahagian III; atau
(b)
seseorang yang kepadanya suatu pengakuterimaan penerimaan apabila pengemukaan pemberitahuan di bawah
Bahagian IV telah dikeluarkan;
“organisma diubah suai yang hidup” ertinya mana-mana organisma hidup yang memiliki kombinasi baru bahan genetik yang diperoleh melalui penggunaan bioteknologi moden;
“organisma hidup” ertinya mana-mana entiti biologi yang boleh memindahkan atau mereplikakan bahan genetik, termasuk organisma, virus dan viroid steril;
“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah subseksyen 8(1) dan termasuklah seseorang pegawai yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah perenggan 38(c);
“penduduk” ertinya seseorang yang menduduki dengan sebenarnya atau yang bertanggungjawab bagi, mengurus atau mengawal—
(a)
mana-mana premis; atau
(b)
berhubung dengan premis yang bahagian yang berlainan diduduki oleh orang yang berlainan, masing-masing orang yang menduduki atau mengawal setiap bahagian;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(a);
“premis” termasuklah rumah, bangunan, tanah, tenemen, isemen mana-mana pemegangan, sama ada terbuka atau tertutup, sama ada
Biokeselamatan 11
dibina di atasnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggarakan atau tidak di bawah pihak berkuasa berkanun dan apa-apa jentera, loji, vesel, pesawat udara atau kenderaan lain.