Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 40

(a)

menggeledah dan menyita mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelanggaran Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

mengambil sampel mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan menguji atau selainnya, sama ada mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan; dan

Biokeselamatan 41

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, data berkomputer atau benda termasuk dalam bentuk digital, atau membuat salinan sandar data berkomputer atau benda termasuk dalam bentuk digital, bagi maksud penyiasatan.

(2)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk memindahkan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang disita di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara yang munasabah, mengelak organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital dalam premis itu atau bekas yang organisma atau hasilan organisma sedemikian yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, dijumpai.

(3)

Adalah menjadi suatu kesalahan jika mana-mana orang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (2) atau memindahkan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(5)

Mana-mana pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

mana-mana orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang ternyata padanya perlu.

(6)

Mana-mana pegawai penguat kuasa boleh pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis dan masuk ke dalam premis itu;

(b)

masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;

(c)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan

(d)

menahan tiap-tiap orang yang ditemui dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah.

(7)

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, pada menjalankan kuasa di bawah seksyen ini, seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah juga mempunyai kuasa untuk memberhentikan, menaiki atau menahan mana-mana vesel, pesawat udara atau kenderaan lain.

Penggeledahan tanpa waran

Section 40 — BIOSAFETY ACT 2007 | mylaw.my