Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 41

Jika mana-mana pegawai penguat kuasa dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam subseksyen 40(1) mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penguat kuasa itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang diperuntukkan dalam seksyen 40 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa

Biokeselamatan 43

untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Section 41 — BIOSAFETY ACT 2007 | mylaw.my