Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang dihadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa organisma atau hasilan yang disyaki tersebut merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Biokeselamatan 45
(3)
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, suatu notis hendaklah disampaikan ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya organisma atau hasilan yang disyaki tersebut merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital telah disita.
(4)
Notis yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah menunjukkan bahawa—
(a)
tidak ada pendakwaan berkenaan dengan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital; dan
(b)
organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalender dari tarikh penyampaian notis itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen
(5)
, (6) dan (7).
(5)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa organisma atau hasilan yang disyaki itu merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa yang dalam milikannya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, dipegang bahawa dia menuntut organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital.
(6)
Apabila diterima notis di bawah subseksyen (5), pegawai penguat kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang
Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusannya.
(7)
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital dan orang yang daripadanya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau mereka ingkar untuk hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila terbukti bahawa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan suatu organisma diubah suai yang hidup atau
Biokeselamatan 47
hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital kepada orang yang berhak kepadanya.
(8)
Jika suatu perintah pelucuthakan dibuat oleh mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (7) atau jika tiada tuntutan dibuat di bawah subseksyen (5), pegawai penguat kuasa hendaklah melupuskan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan apa-apa kos yang dilakukan bagi pelupusan itu hendaklah ditanggung oleh pemunya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital.
(9)
Jika mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau yang mengikut tabiinya lekas rosak atau jika penjagaan organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah atau membahayakan orang ramai, pegawai penguat kuasa boleh melupuskan organisma atau hasilan yang disyaki
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan apa-apa kos yang dilakukan bagi pelupusan itu hendaklah ditanggung oleh pemunya itu.
(10)
Mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital, yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta Kerajaan Persekutuan.
(11)
Ketua Pengarah atau seseorang pegawai penguat kuasa yang bertindak dengan suci hati pada menjalankan kuasa di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, susut nilai atau kerosakan, walau apa pun sebabnya, dalam kualiti mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digital yang disita di bawah Akta ini.
Kos memegang organisma, dsb., yang disita