Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Jika mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan
Persekutuan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kos bagi memegang organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda itu termasuk dalam bentuk digitalnya, dalam jagaan hendaklah didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan daripada pemunya itu.
Biokeselamatan 49
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada kemasukan, penggeledahan atau penyitaan boleh didapatkan