Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Tiada seorang pun boleh, berkenaan dengan mana-mana kemasukan atau penggeledahan, atau penyitaan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, berhak kepada kos kemasukan, penggeledahan, atau penyitaan itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika kemasukan, penggeledahan atau penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.