Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Halangan terhadap pegawai penguat kuasa
Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu, atau enggan memberi akses kepada mana-mana premis kepada, seseorang pegawai penguat kuasa dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.