Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 57

Jika keterangan atau sesuatu perakuan analisis diberikan oleh seseorang juruanalisis yang menyatakan bahawa organisma atau hasilan dalam apa jua bentuk yang dikemukakan di hadapan mahkamah merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, mahkamah hendaklah menganggap bahawa organisma atau hasilan sedemikian ialah organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian melainkan jika dibuktikan sebaliknya.