Malaysia legislation

Section 59

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 59

(2)

Ketua Pengarah boleh membenarkan kerahsiaan berdasarkan kriteria dalam subseksyen (3) dan jika kerahsiaan dibenarkan maklumat itu tidak boleh diumumkan.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan tuntutan bagi kerahsiaan mengikut kriteria yang berikut:

(a)

bahawa maklumat itu tidak diketahui pada umumnya di kalangan, atau boleh diakses dengan mudah oleh, mana-mana orang dalam lingkungan itu yang biasanya berurusan dengan jenis maklumat yang hendak dijadikan rahsia;

(b)

bahawa maklumat itu mempunyai nilai perdagangan disebabkan ia ialah rahsia; dan

(c)

bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk merahsiakan maklumat itu.

(4)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

tiada anggota Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

tiada seorang pun yang menghadiri mana-mana mesyuarat

Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c)

Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 8(1)

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya yang baginya kerahsiaan telah diberikan di bawah subseksyen (3).

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Pendedahan umum

Section 59 — BIOSAFETY ACT 2007 | mylaw.my