Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 5

(a)

untuk membuat keputusan tentang semua permohonan dan perkara di bawah Bahagian III dan Bahagian IV;

(b)

untuk memantau aktiviti yang berhubungan dengan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian;

(c)

untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan biokeselamatan;

(d)

untuk menubuhkan mekanisme untuk memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran data yang berhubungan dengan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dan biokeselamatan; dan

(e)

jika diarahkan sedemikian oleh

Menteri, untuk melaksanakan atau mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan obligasi yang berbangkit daripada perjanjian, konvensyen, atau triti yang berhubungan dengan biokeselamatan yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak jika perjanjian, kovensyen atau triti itu berkaitan dengan maksud Akta ini.

Biokeselamatan 13

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa perkara yang difikirkan patut oleh

Lembaga untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik

Section 5 — BIOSAFETY ACT 2007 | mylaw.my