Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 69

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi yang berikut:

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

(a)

cara yang hendaklah diikuti dan maklumat, termasuk kaedah pengesanan dan sampel yang hendaklah diberikan dalam suatu permohonan bagi suatu kelulusan di bawah seksyen 13;

(b)

perakuan kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 16(3);

(c)

cara yang hendaklah diikuti, maklumat dan laporan yang hendaklah diberikan dalam mengemukakan sesuatu pemberitahuan di bawah subseksyen 22(1);

(d)

bentuk pengakuterimaan penerimaan yang dikeluarkan di bawah seksyen 25;

(e)

laporan penilaian risiko dan laporan pengurusan risiko termasuk laporan berkala oleh orang yang diluluskan tentang pemantauan dan penaksiran risiko;

(f)

pelan gerak balas kecemasan;

(g)

tatacara yang hendaklah diikuti dalam rayuan yang dibuat kepada Menteri;

(h)

aktiviti kegunaan terkawal bagi mana-mana penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh institut pelatih dan penyelidikan awam;

(i)

tatacara mengambil dan berurusan dengan sampel;

(j)

pengenalpastian dan pelabelan organisma diubah suai yang hidup, butiran yang mengandungi organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian;

(k)

pengkompaunan kesalahan;

(l)

fi yang kena dibayar di bawah Akta;

Biokeselamatan 65

(m)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Kuasa untuk meminda Jadual