Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 6

(2)

Fungsi Jawatankuasa Penasihat adalah untuk memberikan nasihat saintifik, teknikal dan nasihat berkaitan yang lain kepada

Menteri atau Lembaga.

(3)

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat hendaklah dilantik oleh

Menteri.

(4)

Apa-apa bilangan anggota lain Jawatankuasa Penasihat, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, hendaklah dilantik oleh

Lembaga.

(5)

Anggota Jawatankuasa Penasihat hendaklah terdiri daripada pakar daripada pelbagai disiplin berasaskan sains dan disiplin berkaitan yang lain.

(6)

Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penasihat hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan masing-masing dan adalah layak untuk dilantik semula.

(7)

Pelantikan pengerusi Jawatankuasa Penasihat boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri dan pelantikan mana-mana anggota

Jawatankuasa Penasihat boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh

Lembaga, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(8)

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri dan seseorang anggota Jawatankuasa Penasihat boleh

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui notis bertulis yang ditujukan kepada Lembaga.

(9)

Jika pengerusi Jawatankuasa Penasihat tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat, anggota yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(10)

Jawatankuasa Penasihat boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang diundang itu tidak berhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.

(11)

Tertakluk kepada subseksyen (9) dan (10), Jawatankuasa

Penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(12)

Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penasihat dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat

Jawatankuasa Penasihat boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain berkaitan dengan kerja jawatankuasa itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(13)

Tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am kepada Jawatankuasa Penasihat di bawah seksyen 10,

Jawatankuasa

Penasihat hendaklah bertanggungjawab kepada

Lembaga.

Lembaga dan Jawatankuasa Penasihat boleh menubuhkan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil

Section 6 — BIOSAFETY ACT 2007 | mylaw.my