Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Lembaga dan Jawatankuasa Penasihat boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota jawatankuasa atau jawatankuasa kecil, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(4)
Sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa atau jawatankuasa kecil bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang diundang itu tidak berhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.
(5)
Anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain berkaitan dengan kerja jawatankuasa atau jawatankuasa kecil itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.
(6)
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(7)
Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(8)
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga atau pengerusi Jawatankuasa Penasihat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
(9)
Sesuatu jawatankuasa dan jawatankuasa kecil hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa atau jawatankuasa kecil itu oleh
Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam melaksanakan fungsi mereka.
Pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai lain