Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Penubuhan jawatankuasa
(2)
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis yang dinyatakan di bawah perenggan 3(2)(b) hingga (i);
(b)
hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
(c)
boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(3)
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
boleh dilantik daripada kalangan anggota Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
(4)
Kecuali anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(5)
Anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(6)
Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(7)
Anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa.
Orang Kurang Upaya 17
(8)
Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(9)
Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
(10)
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(11)
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Pewakilan fungsi dan kuasa