/akn/my/act/act/2008/685

*AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2008
Sections
46
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 is Malaysia Act, cited as Act 685 2008, currently marked in force and first recorded in 2008.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [7 Julai 2008, P.U. (B) 268/2008] MENGIKTIRAF bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya: MENGIKTIRAF sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya: MENGIKTIRAF kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan, kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat: MENGIKTIRAF bahawa orang kurang upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan: Undang-Undang Malaysia 8 Akta 685 MENGIKTIRAF kepentingan kerjasama antara Kerajaan dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“bahasa” termasuklah bahasa pertuturan dan isyarat, Bahasa

Isyarat Malaysia dan bentuk bahasa bukan pertuturan lain;

“Bahasa Isyarat Malaysia” ertinya bahasa isyarat rasmi bagi orang pekak di Malaysia;

“Daftar” ertinya Daftar Orang Kurang Upaya yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 21;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Orang Kurang Upaya 9

“habilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang yang dilahirkan dengan ketidakupayaan mencapai serta mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan;

“Jabatan” ertinya Jabatan Pembangunan bagi Orang Kurang

Upaya yang bertanggungjawab bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan kesejahteraan orang kurang upaya;

“Kad OKU” ertinya kad yang dikeluarkan di bawah seksyen 25;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;

“Ketua Pendaftar” dan “Timbalan Ketua Pendaftar” masing-masing ertinya Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya dan

Timbalan Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(a) dan (b);

“komunikasi” termasuklah bahasa, paparan teks, Braille, bahasa sentuhan, cetak besar, isyarat, multimedia boleh akses dan juga cara dan format komunikasi secara bertulis, audio, bahasa mudah, jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif, termasuk maklumat boleh akses dan teknologi maklumat;

“Majlis” ertinya Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;

“orang kurang upaya” termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat;

“Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai

Kebajikan Masyarakat di Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat dan termasuklah mana-mana Penolong

Pegawai Kebajikan Masyarakat;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(c);

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 685

“penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

“penyesuaian munasabah” ertinya pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar, jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan orang kurang upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya;

“rehabilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan;

“reka bentuk sejagat” ertinya reka bentuk produk, persekitaran, program dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin, tanpa perlu membuat adaptasi atau reka bentuk khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan orang kurang upaya tertentu jika ia diperlukan;

“sektor swasta” merujuk kepada mana-mana orang atau badan sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan selain Kerajaan atau Kerajaan Negeri, agensi, badan atau pertubuhan Kerajaan, tetapi tidak termasuk apa-apa rujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan.

Bahagian II

Bahagian II

MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi;

Orang Kurang Upaya 11

Suggest a correction

(d)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan;

Suggest a correction

(e)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengangkutan;

Suggest a correction

(f)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;

Suggest a correction

(i)

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan;

Suggest a correction

(j)

tidak lebih daripada sepuluh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam permasalahan dan isu yang berhubungan dengan orang kurang upaya yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Anggota Majlis yang dilantik di bawah subseksyen (2)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (2)(j), melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula selama tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.

Anggota silih ganti

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Majlis seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota

Majlis.

Suggest a correction

(3)

Seseorang angota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu melepaskan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Majlis.

Pembatalan pelantikan

Suggest a correction

Seksyen 5

Akta 685

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Majlis atau selainnya, telah memburukkan nama Majlis;

Suggest a correction

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya.

Keterhentian keanggotaan

Suggest a correction

Seksyen 6

Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3(2)(j)—

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terhenti menjadi anggota—

(a)

jika dia tidak hadir tiga kali berturut-turut mesyuarat

Majlis tanpa kebenaran Pengerusi;

Orang Kurang Upaya 13

Suggest a correction

(d)

jika dia meletakkan jawatannya dengan memberi satu bulan notis secara bertulis kepada Menteri.

Mesyuarat Majlis

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelas orang anggota hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Majlis.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan kesemua mesyuaratnya.

Suggest a correction

(4)

Jika Pengerusi tidak berupaya atas apa-apa sebab untuk mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi.

Suggest a correction

(5)

Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(6)

Pada mana-mana mesyuarat Majlis, Pengerusi hendaklah mempunyai undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat persamaan undi, mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(8)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Majlis boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengawal selia mesyuarat dan prosidingnya.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 685

Setiausaha Majlis

Suggest a correction

Seksyen 9

Fungsi Majlis

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

Suggest a correction

(b)

untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua aspek orang kurang upaya termasuk perkara-perkara yang berhubungan dengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya;

Suggest a correction

(c)

untuk menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan;

Suggest a correction

(d)

untuk memantau dan menilai kesan dasar, program dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dan dalam berbuat demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkannya perlu;

Suggest a correction

(e)

untuk mengkaji semula aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

Suggest a correction

(f)

untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga untuk mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan;

Orang Kurang Upaya 15

Suggest a correction

(g)

untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, termasuk pada peringkat keluarga, berhubung dengan orang kurang upaya termasuk keupayaan dan sumbangan mereka bagi menggalakkan tanggapan positif dan kesedaran sosial yang tinggi serta memupuk rasa hormat kepada hak dan maruah orang kurang upaya;

Suggest a correction

(h)

untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan mereka di tempat kerja dan pasaran buruh;

Suggest a correction

(i)

untuk memupuk sikap menghormati hak orang kurang upaya pada semua peringkat sistem pendidikan, termasuk pada peringkat awal kanak-kanak;

Suggest a correction

(j)

untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa;

Suggest a correction

(k)

untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan menjalankan serta menggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

Suggest a correction

(l)

untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi;

Suggest a correction

(m)

untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi orang kurang upaya dalam pasaran buruh, dan juga bantuan dalam mencari atau mendapatkan pekerjaan atas asas keserataan dengan orang upaya; dan

Suggest a correction

(n)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan sewajarnya

Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 685

Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.

Seksyen 11

Penubuhan jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis yang dinyatakan di bawah perenggan 3(2)(b) hingga (i);

Suggest a correction

(b)

hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

boleh dilantik daripada kalangan anggota Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.

Suggest a correction

(4)

Kecuali anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(5)

Anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(6)

Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(7)

Anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa.

Orang Kurang Upaya 17

Suggest a correction

(8)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(9)

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.

Suggest a correction

(10)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(11)

Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Pewakilan fungsi dan kuasa

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(b)

mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3(2)(b) hingga (i); dan

Suggest a correction

(c)

sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 11.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan apa-apa fungsi dan kuasa hendaklah menepati dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Majlis dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Majlis.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Majlis.

Suggest a correction

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 685

Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud membuat apa-apa syor di bawah subseksyen (1),

Majlis—

(a)

hendaklah berunding dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan; atau

Suggest a correction

(b)

boleh berunding dengan sektor swasta atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan sebagaimana yang disifatkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam merumuskan syor atau cadangannya di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah mengambil kira apa-apa dasar, maklumat dan pertimbangan lain yang diterima semasa perundingan menurut subseksyen (2) yang didapatinya berkaitan.

Tanggungjawab Kerajaan

Suggest a correction

Seksyen 14

Tanggungjawab dan kewajipan yang hendaklah ditunaikan oleh

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah bagi menjayakan dasarnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya dan hendaklah ditunaikan sedemikian—

(a)

dengan mengambil kira sumber manusia dan kewangan yang ada dan apa-apa faktor lain yang berkaitan; dan

Suggest a correction

(b)

dengan mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis lain yang berkaitan.

Orang Kurang Upaya 19

Tanggungjawab kementerian yang berkaitan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Menjadi tanggungjawab dan kewajipan tiap-tiap kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan—

(a)

untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; dan

Suggest a correction

(c)

untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya.

Tanggungjawab sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan

Suggest a correction

Seksyen 16

Menjadi tanggungjawab dan kewajipan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; dan

Suggest a correction

(c)

untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya.

Tindakan susulan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menjadi kewajipan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan yang disebut dalam subseksyen (1) untuk mengemukakan laporan penuh berkenaan dengan kemajuan langkah atau tindakan yang dijalankan oleh kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan dan laporan itu hendaklah diberikan sehingga langkah atau tindakan itu selesai.

Suggest a correction

(3)

Majlis boleh menghendaki kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan untuk memberikan penjelasan jika Majlis berpendapat bahawa kemajuan langkah atau tindakan itu tidak mencukupi atau tidak memuaskan.

Dana

Suggest a correction

Seksyen 18

Akta 685

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan hendaklah menguntukkan Majlis dengan dana yang mencukupi secara tahunan untuk membolehkan Majlis melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Seksyen 19

Laporan tahunan

Open as pageSuggest a correction

Majlis hendaklah memberikan suatu laporan tahunan mengenai semua aktivitinya sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan itu kepada Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Bahagian III

Bahagian III

PELANTIKAN KETUA PENDAFTAR, DSB., DAN

Suggest a correction

PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA

Pelantikan dan tugas Ketua Pendaftar dan Pendaftar

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab bagi Jabatan sebagai Ketua Pendaftar;

Orang Kurang Upaya 21

Suggest a correction

(b)

seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai Timbalan Ketua Pendaftar;

Suggest a correction

(c)

seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai Pendaftar bagi setiap Negeri dan Wilayah

Persekutuan; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa bilangan Penolong Pendaftar bagi mana-mana daerah atau kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pendaftar hendaklah berada di bawah arahan dan pengawasan am Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan Ketua

Pendaftar hendaklah menjalankan kawalan dan pengawasan am atas segala perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang kurang upaya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar hendaklah berada di bawah arahan dan pengawasan am Ketua

Pendaftar.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya, kuasa dan fungsi itu boleh dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.

Suggest a correction

(5)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan Ketua

Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar atau Pendaftar boleh menjalankan segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua

Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(6)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan

Pendaftar, seseorang Penolong Pendaftar hendaklah membantu

Pendaftar dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya dalam daerah atau kawasan yang Penolong Pendaftar itu dilantik.

Suggest a correction

(7)

Pelantikan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar,

Pendaftar dan Penolong Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 685

Daftar Orang Kurang Upaya

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penyimpanan dan penyenggaraan Daftar Orang Kurang Upaya dan peraturan-peraturan itu bolehlah termasuk peruntukan untuk memberi kuasa kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar untuk mengemaskinikan Daftar dengan membuat perubahan kepada butir-butir orang kurang upaya atau memotong nama orang kurang upaya yang telah meninggal dunia atau terhenti menjadi orang kurang upaya.

Permohonan bagi pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pendaftaran orang kurang upaya dan bagi segala perkara yang bersampingan dengannya.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti semasa membuat suatu permohonan bagi pendaftaran;

Suggest a correction

(b)

menetapkan orang yang boleh didaftarkan sebagai orang kurang upaya dan orang yang terhenti daripada didaftarkan sebagai orang kurang upaya; dan

Suggest a correction

(c)

menetapkan cara pengeluaran dan pembatalan Kad OKU.

Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen atau maklumat tambahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang yang membuat permohonan gagal untuk memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang diminta dalam tempoh yang dinyatakan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dilanjutkan oleh Pendaftar, permohonan itu disifatkan telah ditarik balik tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat.

Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftar

Suggest a correction

Seksyen 24

Orang Kurang Upaya 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang yang menjadi subjek permohonan itu merupakan orang kurang upaya;

atau

Suggest a correction

(b)

enggan untuk mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang itu bukan orang kurang upaya.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah perenggan (1)(b) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan

Menteri adalah muktamad.

Pengeluaran Kad OKU

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kad OKU yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi keterangan muktamad bagi segala maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai orang kurang upaya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Kad OKU hendaklah diserahkan kepada Pendaftar apabila seseorang terhenti menjadi orang kurang upaya.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 685

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN

Suggest a correction

KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA

Bab

Bab 1

Kebolehaksesan

Suggest a correction

Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam itu serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.

Akses kepada kemudahan pengangkutan awam

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam itu menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.

Orang Kurang Upaya 25

Akses kepada pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.

Suggest a correction

(3)

Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh dan setara mereka dalam pendidikan termasuk yang berikut:

(a)

untuk memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran;

Suggest a correction

(b)

untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia dan penggalakan identiti linguistik komuniti orang pekak;

dan

Suggest a correction

(c)

untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu, dan dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akademik dan sosial.

Akses kepada pekerjaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majikan hendaklah melindungi hak orang kurang upaya, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik termasuk peluang sama rata dan saraan sama rata bagi kerja yang sama nilai, suasana kerja yang selamat dan sihat, perlindungan daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati.

Suggest a correction

(3)

Majikan hendaklah dalam melaksanakan kewajipan sosialnya berusaha untuk menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi orang kurang upaya dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan pekerjaan yang sesuai.

Suggest a correction

(4)

Majlis hendaklah, bagi menggalakkan pengambilan kerja orang kurang upaya dalam sektor swasta, merumuskan dasar dan langkah yang sesuai yang boleh termasuk program tindakan afirmatif dan langkah lain.

Suggest a correction

(5)

Majlis hendaklah menggalakkan peluang bagi latihan kepada orang kurang upaya dalam pasaran buruh dan juga peluang untuk bekerja sendiri, keusahawanan, pembangunan koperasi, memulakan perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang bekerja dari rumah.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “majikan” termasuklah Kerajaan.

Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi

Suggest a correction

Seksyen 30

Akta 685

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kerajaan dan penyedia maklumat, komunikasi dan teknologi hendaklah, bagi membolehkan orang kurang upaya mempunyai akses sedemikian, menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi dalam format dan teknologi boleh akses bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut cara yang tepat pada masanya dan tanpa kos tambahan.

Suggest a correction

(3)

Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentatif dan alternatif, dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses pilihan orang kurang upaya dalam urusan rasmi.

Orang Kurang Upaya 27

Akses kepada kehidupan berbudaya

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menikmati akses—

(a)

kepada bahan kebudayaan dalam format boleh akses;

Suggest a correction

(b)

kepada program televisyen, filem, teater dan aktiviti kebudayaan lain, dalam format boleh akses; dan

Suggest a correction

(c)

ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan seperti teater, muzium, panggung wayang, perkhidmatan perpustakaan dan pelancongan dan, seboleh mungkin, ke monumen dan tapak yang mempunyai kepentingan kebudayaan kebangsaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mendapat peluang untuk membangunkan dan menggunakan potensi kreatif, artistik dan intelek mereka, bukan hanya untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi juga untuk memperkaya masyarakat.

Suggest a correction

(4)

Orang kurang upaya adalah berhak atas asas kesetaraan dengan orang upaya untuk mendapatkan pengiktirafan dan sokongan terhadap identiti khusus kebudayaan dan linguistik mereka, termasuk

Bahasa Isyarat Malaysia dan budaya orang pekak.

Akses kepada rekreasi, santai dan sukan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai—

(a)

untuk menggalakkan penyertaan, ke tahap setinggi mungkin, orang kurang upaya dalam aktiviti sukan utama pada semua peringkat;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 685

Suggest a correction

(b)

untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang untuk menganjurkan, membangunkan dan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk orang kurang upaya dan, bagi tujuan ini, menggalakkan pengadaan, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tunjuk ajar, latihan dan sumber yang sesuai;

Suggest a correction

(c)

untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses ke tempat sukan, rekreasi dan pelancongan;

Suggest a correction

(d)

untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, rekreasi dan santai serta sukan, termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan; dan

Suggest a correction

(e)

untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses kepada perkhidmatan daripada mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti rekreasi, santai, sukan dan pelancongan.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab

Bab 2

Habilitasi dan rehabilitasi

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menganjurkan, mengukuhkan dan memperluas perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam bidang kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan

Orang Kurang Upaya 29

sosial mengikut sedemikian cara yang perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal mungkin dan berdasarkan penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu.

Suggest a correction

(3)

Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menggalakkan pengadaan, pengetahuan dan penggunaan alat bantu dan teknologi yang direka bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia berhubungan dengan habilitasi dan rehabilitasi.

Suggest a correction

(4)

Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi dan latihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan penyediaan rangkaian perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain untuk mengelakkan pengasingan atau pemisahan orang kurang upaya daripada komuniti.

Bab

Bab 3

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 685

Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(a)

pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, imunisasi, pemakanan, perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar dan kaunseling genetik; dan

Suggest a correction

(b)

pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat pada masanya untuk mencegah ketidakupayaan dan rawatan bagi rehabilitasi.

Suggest a correction

(2)

Dalam mengambil langkah untuk mencegah berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, Kerajaan hendaklah—

(a)

menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan, penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan sebab berlakunya ketidakupayaan; dan

Suggest a correction

(b)

menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan maklumat mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah pencegahan untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan sanitasi umum.

Pengadaan personel kesihatan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), institusi swasta—

(a)

yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506], hendaklah dalam masa enam bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis bilangan personel itu dalam penggajiannya; atau

Orang Kurang Upaya 31

Suggest a correction

(b)

yang memohon untuk didaftarkan di bawah Akta Pusat

Jagaan 1993 hendaklah pada dan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis, sebelum memulakan operasi, bilangan personel itu dalam penggajiannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh mengecualikan mana-mana sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya, sebagaimana yang disifatkannya patut dan perlu, daripada mengambil khidmat personel kesihatan dalam institusi dan sebaliknya boleh membenarkan lawatan berkala personel kesihatan itu ke institusi swasta itu.

Suggest a correction

Bab

Bab 4

Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk

Suggest a correction

Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang berhasrat untuk menyediakan atau sedang menyediakan jagaan institusi bagi orang dengan ketidakupayaan teruk atau pemberi jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk boleh membuat permohonan bagi insentif untuk menyediakan jagaan sedemikian kepada Majlis mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Majlis boleh, jika ia berpuas hati bahawa permohonan pertubuhan bukan kerajaan atau pemberi jagaan yang disebut dalam subseksyen (2) patut dipertimbangkan, memberikan apa-apa insentif yang disifatkannya sesuai dengan kelulusan Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 685

Pengertian “orang dengan ketidakupayaan teruk”

Suggest a correction

Seksyen 39

Bagi maksud Bab ini, “orang dengan ketidakupayaan teruk”

Open as pageSuggest a correction

ertinya seseorang yang mengalami satu atau lebih ketidakupayaan yang bergantung pada orang lain bagi aktiviti kehidupan harian yang asas.

Bab

Bab 5

Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan

Suggest a correction

Akses kepada bantuan

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kerajaan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan orang kurang upaya mempunyai hak untuk mendapat bantuan dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan melalui mekanisma perundangan dan juga pentadbiran.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

AM

Suggest a correction

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(d)

mana-mana anggota Majlis atau mana-mana anggota jawatankuasa; atau

Suggest a correction

(e)

mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Majlis, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 42

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Kerajaan, Majlis atau terhadap mana-mana anggota Majlis, mana-mana anggota jawatankuasa, atau ejen Majlis berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 43

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang kurang upaya;

Suggest a correction

(b)

untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk;

Suggest a correction

(c)

untuk memproses dan mengawal selia pendaftaran orang kurang upaya dan apa-apa perkara yang berhubungan atau bersampingan dengannya;

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 685

Suggest a correction

(d)

untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(e)

untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini.

Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 44

Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan bagi pihak

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan atau Majlis sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah pada permulaan kuat kuasa Akta ini disifatkan sebagai hak dan obligasi Kerajaan atau Majlis.

Seksyen 45

Kecualian dan peralihan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang kurang upaya yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu Kad OKU di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Semua daftar yang berhubungan dengan pendaftaran orang kurang upaya yang disimpan dan disenggarakan oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Daftar

Orang Kurang Upaya.

Orang Kurang Upaya 35

Pencegahan anomali

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, “pengubahsuaian” ertinya pindaan, tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan

Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 685

Akta 685

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Orang Kurang Upaya 37

Akta 685

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008?
*AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 is Malaysia Act, cited as Act 685 2008, currently marked in force and first recorded in 2008.
Is AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 still in force?
Yes — AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 is currently in force.
When did AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 take effect?
AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 was first recorded in 2008.
How many sections does AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 have?
AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 contains 46 sections.
Where can I read the official version of AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008?
The official text of AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 is published at lom.agc.gov.my.