Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Menjadi tanggungjawab dan kewajipan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan—
(a)
untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini;
(b)
untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; dan
(c)
untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya.
Tindakan susulan