Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Seksyen 20

(a)

seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab bagi Jabatan sebagai Ketua Pendaftar;

Orang Kurang Upaya 21

(b)

seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai Timbalan Ketua Pendaftar;

(c)

seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai Pendaftar bagi setiap Negeri dan Wilayah

Persekutuan; dan

(d)

apa-apa bilangan Penolong Pendaftar bagi mana-mana daerah atau kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

(2)

Ketua Pendaftar hendaklah berada di bawah arahan dan pengawasan am Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan Ketua

Pendaftar hendaklah menjalankan kawalan dan pengawasan am atas segala perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang kurang upaya di bawah Akta ini.

(3)

Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar hendaklah berada di bawah arahan dan pengawasan am Ketua

Pendaftar.

(4)

Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya, kuasa dan fungsi itu boleh dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.

(5)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan Ketua

Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar atau Pendaftar boleh menjalankan segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua

Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini.

(6)

Tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan

Pendaftar, seseorang Penolong Pendaftar hendaklah membantu

Pendaftar dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya dalam daerah atau kawasan yang Penolong Pendaftar itu dilantik.

(7)

Pelantikan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar,

Pendaftar dan Penolong Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 685

Daftar Orang Kurang Upaya