Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bahasa” termasuklah bahasa pertuturan dan isyarat, Bahasa

Isyarat Malaysia dan bentuk bahasa bukan pertuturan lain;

“Bahasa Isyarat Malaysia” ertinya bahasa isyarat rasmi bagi orang pekak di Malaysia;

“Daftar” ertinya Daftar Orang Kurang Upaya yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 21;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Orang Kurang Upaya 9

“habilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang yang dilahirkan dengan ketidakupayaan mencapai serta mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan;

“Jabatan” ertinya Jabatan Pembangunan bagi Orang Kurang

Upaya yang bertanggungjawab bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan kesejahteraan orang kurang upaya;

“Kad OKU” ertinya kad yang dikeluarkan di bawah seksyen 25;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;

“Ketua Pendaftar” dan “Timbalan Ketua Pendaftar” masing-masing ertinya Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya dan

Timbalan Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(a) dan (b);

“komunikasi” termasuklah bahasa, paparan teks, Braille, bahasa sentuhan, cetak besar, isyarat, multimedia boleh akses dan juga cara dan format komunikasi secara bertulis, audio, bahasa mudah, jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif, termasuk maklumat boleh akses dan teknologi maklumat;

“Majlis” ertinya Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;

“orang kurang upaya” termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat;

“Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai

Kebajikan Masyarakat di Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat dan termasuklah mana-mana Penolong

Pegawai Kebajikan Masyarakat;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(c);

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 685

“penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

“penyesuaian munasabah” ertinya pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar, jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan orang kurang upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya;

“rehabilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan;

“reka bentuk sejagat” ertinya reka bentuk produk, persekitaran, program dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin, tanpa perlu membuat adaptasi atau reka bentuk khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan orang kurang upaya tertentu jika ia diperlukan;

“sektor swasta” merujuk kepada mana-mana orang atau badan sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan selain Kerajaan atau Kerajaan Negeri, agensi, badan atau pertubuhan Kerajaan, tetapi tidak termasuk apa-apa rujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan.