Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008

Seksyen 30

Akta 685

(2)

Kerajaan dan penyedia maklumat, komunikasi dan teknologi hendaklah, bagi membolehkan orang kurang upaya mempunyai akses sedemikian, menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi dalam format dan teknologi boleh akses bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut cara yang tepat pada masanya dan tanpa kos tambahan.

(3)

Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentatif dan alternatif, dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses pilihan orang kurang upaya dalam urusan rasmi.

Orang Kurang Upaya 27

Akses kepada kehidupan berbudaya

Section 30 — AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 | mylaw.my